Selebriti Crush Saya

Dah masuk hari ketujuh Cabaran 15 Hari Menulis Blog.

Cabaran ni kaklong tak buat direct 15 hari. Sebab ada hari kaklong rasa nak tulis benda lain, jadi kaklong anjakkan ke hari berikutnya. 


Selebriti Crush kaklong siapa agaknya?
Huhuhu..

Mari kita kembali ke sekolah rendah.
Kaklong promise entry ni takde la panjang sangat.

Selebriti Crush kaklong yang pertama ialah John Lennon.


Kaklong mula-mula jatuh hati pada dia masa tengok citer Help. Karakter dia tu pelik dan nakal buatkan kaklong suka je tengok dia. Pastu baru tahu dia adalah pengasas The Beatles dan banyak buat lagu untuk The Beatles. Lagu The Beatles pula sedap². Itulah first selebriti Crush kaklong.

Masuk ke darjaj 6 camtu, kaklong curang.
Kaklong crush kat orang lain pula ialah AJ dari Backstreet Boys. 


Kaklong suka suara dia dan perwatakan dia yang macam bad boys tu. Dia selalu pakai spek hitam, tapi kan mata dia lawa. 
Sampai sekarang kaklong masih suka dia sampai follow dia kat Tik Tok.

Bila masuk form 2 kaklong crush pula kat sorang selebriti. Kali ni paling obses dan paling lama tempoh obsesinya. Iaitu Shah Rukh Khan.


Woooo yang ni sampai sekarang kaklong obses lagi. Walaupun first time tengok Shah Rukh Khan (mungkin pernah tengok sebelum ni tapi tak amik port sapa dia) dalam Kuch Kuch Hota Hai, tapi kaklong jatuh cinta pada dia dalan Duplicate. Dalam citer tu dia bawa dua watak; Bablu, seorang chef yang baik hati dan lurus bendul. Dan Mannu, seornag penjenayah yang bekeng. Memang menjadi dia bawa dua² watak tu. Lagi satu kaklong terlampau suka tengok Shah Rukh Khan menari. Tarian dia sangat menarik seakan2 dia bercerita dalam tariannya.
Hobi kaklong sekian lama ilaah menonton da menghafal lagu dan tarian Shah Rukh Khan.

Pastu masa form 5 kalau tak silap, kaklong telah menduakan Shah Rukh Khan dengan ada crush pada sorang lagi selebriti dari seberang ialah Eross dari kumpulan Sheila on 7. 


Time ni memang menduakan sebab kaklong tengah mencintai dua². Gitew. Kaklong crush kat dia bila dapat tau dia la yang mencipta hampir semua lagu Sheila on 7 yang sedap tu. Pastu dia goreng gitar pun sedap sangat.

Pastu kaklong takde crush pada sapa² kaklong tengok citer Westworld pada 2018, kaklong jatuh cinta pada pelakon watak Hector tu, iaitu Rodrigo Santoro. 


OmaiGod. 
Kaklong suka sangat dia sampai belajar bahasa Portugis kat app (tapi tetap tak pandai pun. Hahaha). Kaklong suka dia sebab style dia tu, lagipun dia terlalu hensem sangat.

Okay la yang terakhir.
Beberapa tahun lepas kaklong jatuh crush pada salah seorang pelakon utama dalam drama bersiri The Umbrella Academy. Tau kan sape. Mesti la Number 4, Klaus; Robert Sheehan.


Kaklong suka watak dia yang pelik. Pastu kaklong tengok filem² dia yang lain pun, watak dia pelik² aje. Dia pun ada perwatakan yang menarik di luar filem. Tapi season 2 The Umbrella Academy kaklong tak berapa suka dah watak di yang hippie. Kaklong tak minat style gitu. Apapun, kita tengok season yang ketiga nanti dia jadi apa pulak.

Haaaa itulah senarai selebriti crush kaklong.
Banyak kannn.
Yelah dunia ni kan penuh dengan manusia. Kenapa nak crush kat sorang kalau ada beribu-ribu orang. Huhuhuuuuu....

Korang ada ke ter-crush kat selebriti yang sama ngn kaklong? Mesti ada kan..


2 ulasan:

Komen la sikit ^^