Fatin genap 6 Bulan : Blender nasi rechargeable

Update : Blender ni rosak selepas 20 hari kaklong pakai. Tak payah beli la. Buang duit dan menyumbang kepada samph sarap yang mencemarkan alam sekitar.

Harini Fatin dah genap 6 bulan.
Maka harini Fatin dah bole start makan.

Harini Fatin makan bubur cair.

Cara kaklong buat bubur sebenarnya senang sangat. 

Kaklong amik je nasi yang kita makan hari-hari tu. Campur air suam sikit. Kisar dengan blender.

Memandangkan bubur first time ni nak betul-betul halus, kaklong lenyek sikit guna penapis kecik.

Halus betul hasilnya.

Bulan depan dan bulan seterusnya tak perlu dah lenyek. Masa mula-mula ni je nak halus.

Inilah blender yang kaklong pakai sekarang.


Blender ni cordless, rechargeable, kecik sesuai sangat untuk kisar bubur baby.


Kaklong memang cari yang rechargeable ni supaya senang travel. Tak perlu sediakan bubur apa semua. Beli je nasi dan lauk kat kedai pastu kisar. Tak perlu cari soket. Rechargeable kan..

Perjalanan kami balik kampung amik masa 8 jam. Masa Farid baby dulu memang siapkan bubur apa semua sebelum bertolak. Kadang tu terpaksa guna instant bubur yang bancuh air tu. Yang tu biasanya ada gula, garam dan pengawet. Tapi ngan Fatin ni kaklong tak perlu dah bawa semua tu. Beli dan kisar je. Sungguh memudahkan kerja.

Kaklong beli kat SINI

Kaklong akan ikut 4 days rule. Menu yang sama selama 4 hari untuk check sebarang alahan makanan. Harap-harap Fatin takde alahan la.

Selain tu Fatin suka potpet potpet ajak sembang. Kenapa la baby ni cute sangat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^