5 Fakta Mengenai Saya

Cabaran hari pertama 15 hari menulis blog bermula.

5 Fakta mengenai Kaklong?

Photo by Towfiqu barbhuiya from Pexels

Kaklong nak tulis yang rare² la sikit ek.

1. Kaklong dilahirkan di rumah nenek dan disambut oleh bidan kampung. 

Semasa lahir tu, kaklong tak bernafas. Tubuh kaklong dah biru. Mujur bidan tu berpengalaman, dia baca² dan alhamdulillah kaklong bernafas kembali.

2. Kaklong membesar sebagai tomboy. 

Suka berpakaian dan berkelakuan seperti lelaki. Kaklong tak suka pakai payung sebab nampak macam perempuan. Kaklong rasa susah nak 'masuk' dengan pakaian perempuan. Tapi bila masuk U kaklong dah start berkeperempuanan. Kaklong suka baju cute² dan kaler pink (sekarang pun suka pink). Sekarang dah jadi makcik, memang baju makcik² la kaklong pakai. Baju pakcik² macam tak 'masuk' pulak. Haha.

3. Mudah jatuh hati pada lelaki pendek atau lelaki yang feminin. 

Lelaki yang feminin ni bukan la bermaksud muka macam k-pop. Bukan. Muka k-pop kaklong tak minat. Feminin dari segi kelakuan dan kecenderungan dia. Feminin pun tak semestinya lembut.

4. Born as Minimalist.

Kaklong pernah satu ketika nak berubah jadi minimalis. Pastu kaklong cari la maklumat pasal minimalis. Rupa-rupanya kan kaklong memang minimalist. Tak perlu ubah apa² pun. Memang dah minimlaist tatkala awal kejadian.

5. Tak suka masak dan iron baju.

Kaklong dah 8 tahun kahwin dan sampai sekarang masih tak suka masak. Kaklong masak sedap je. Tapi proses memasak tu sangat tak enjoyable. Kaklong try hard untuk suka masak tapi tetap tak suka. Apapun kaklong masak la jugak kan, walaupun bukan setiap hari.

Yang iron baju tu pula (haha), kaklong punya la tak suka iron baju sampai kaklong pastikan bakal suami mesti keje yang tak perlu iron baju, baru la kaklong consider untuk jadi isteri dia. Aku tak sanggup dah nak iron baju setiap hari. 

Tapi anak sekolah nanti kene iron juga kan. Haha to my face.

Itulah 5 fakta yang rare (kot) mengenai kaklong.

Amacam best kan.
Kalau best datang la lagi esok.

Ada 14 cabaran lagi kaklong kene sahut.

Hoyeh!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^