Apa yang saya buat sebelum tidur?

Uuuuu...

Kalau la saya dapat buat lebih banyak sebelum tidur, alangkah bestnya...

Cabaran keempat 15 hari menulis blog ni ialah apa yang kaklong buat sebelum tidur.

Photo by cottonbro from Pexels

Sebagai mak kepada seorang toddler dan seorang baby, waktu tidur seisi rumah ni dah kami tetapkan. Pukul 9 malam semua lampu dah ditutup, cuma pasang beam light je.

Dan anak-anak akan tidur dalam pukul 9.30-10.30 camtu, ikot mood dorang la.

Kaklong pula, bila dorang dah tido, kaklong bangun untuk buat beberapa perkara sebelum pukul 12 tengah malam. Kaklong target 12 tengah malam waktu untuk kaklong tidur (tapi biasanya drag ke 1.30 camtu. Huuuuu)

Time ni kaklong akan luangkan masa  buat salah satu dari perkara berikut :

  • Mengait
  • Update blog 
  • Amik gambo /edit gambo barang² jualan
  • Update media social (bisnes)
  • Tulis brain dump
  • Tulis to do list
  • Baca artikel/ buku
Memandangkan masa tak banyak sebelum pukul 12, kaklong buat salah satu perkara je la.

Tapi perkara yang paling banyak kaklong lakukan ialah mengait. 

Cuma bila dah mengait tu, memang drag lama. Kadang sampai pukul 2.30 malam. Mengait ni macam main game tau, susah nak stop.
Ketagih...

Sebenarnya kaklong nak kemas rumah sebelum tidur, supaya pagi esoknya bangun-bangun, rumah dah sedap mata memandang.

Tapi rumah kaklong ni kecik, mengemas kat luar ni anak-anak boleh terjaga. Bila dorang terjaga, confirm aktif semacam. Time ni kaklong dah memgantuk. Nanti jadi singa pulak melayan anak taknak tidur. Huhuu.

Jadi memgemas rumah telah menjadi aktiviti first thing in the morning. 

Bagus juga sebenarnya.
Anak nampak kaklong mengemas dan menguruskan rumahtangga. In shaa Allah dorang dapat belajar urus diri hanya dengan menonton kerajinan kaklong. Kuikuikui...

Apapun, kaklong rasa-rasa la, kaklong nak tambah satu lagi aktiviti sebelum tidur yang baru iaitu; blogwalking.

Tahun ni kaklong nak try (lagi) aktif berblog. Aktiviti blogwalking ni bole bagi semangat untuk kaklong menulis blog bila tengok kawan-kawan semua rajin je update blog masing-masing.

Caiyukkk



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Moga dipermudahkan semuanya...

    cabaran jugak nak aktif berblog ni kan...phewww

    BalasPadam
  2. Mekasih. Memang mencabar. Mungkin sebab kawan² dah jarang berblog. Kene cari kawan baru, bagi inspirasi

    BalasPadam

Komen la sikit ^^