Apa yang Saya Buat Apabila Bangun Tidur

Kaklong ni sebenarnya night owl.
Jadi kaklong tak bangun pagi.

Kaklong bangun pukul 11 pagi pastu terus siapkan lunch (kalau korang nak tahu la).

Photo by Acharaporn Kamornboonyarush from Pexels

Tapi itu dulu.
Masa zaman bujang + 6 tahun berdua tanpa anak.

Bila dah ada anak, kaklong usaha berubah menjadi lebih elok dan lebih tersusun. 

Proses usaha tu tak mudah kawan-kawan.
Tak mudah.

Sekarang, kaklong masih gagal menyempurnakan rutin pagi kaklong kerana ada masa kaklong tidur lambat dan bangun lewat. Cuma sekarang ni paling lewat pun bangun pukul 10. Normally bangun pukul 8. Paling awal (tapi jarang sangat) tak tidur selepas Subuh.

Ini yang kaklong nak sangat buat; tak tidur selepas Subuh.

Tapi sangat susah la.
Sebab kaklong jadi mamai dan tak tahu nak buat apa pagi-pagi buta tu.

Secara logiknya, buat je la benda yg sama macam kaklong bangun pukul 11 dulu-dulu tu. Tapi tak..

Kaklong akan tercongok kat sofa memikirkan apa nak buat pagi-pagi buta ni? Duduk tercongok tu lama tau.

Pastu terfikir nak masak sarapan la, tapi awal lagi.
Nak basuh baju la, tapi awal lagi.
Nak kemas rumah la, tapi awal lagi.

Secara logiknya buat je la awal pun, apa salahnya. Tapi takkk.

Kaklong tetap tercongok kat situ sambil otak loading loading loading tak sudah.

Last² kaklong tertidur (atau sengaja tidur sebenarnya), dan bangun pukul 8 untuk memulakan hari.

Eh lupa pula nak citer rutin pagi tu kan.
Membebel ntah apa² pula.

Okay, bila bangun je pagi tu kaklong akan terus siapkan sarapan. Kalau cik abang beli nasi lemak, kaklong terus makan je la dengan secawan kopi o.

Kopi o tu penting tau untuk kaklong yang mengantuk pagi. Dia bantu kaklong untuk stay alert dan cergas.

Pastu load mesin basuh kalau baju dah banyak dan kemas rumah.

Pastu anak bangun, kaklong cuddle² dia dulu. Pastu layan dia main kejap, pastu sarapan.

Lepas sarapan baru mandikan dia. Pastu dia pun free play.

Masa ni kaklong mandikan baby pula. Letak dia kat si sulung dan kaklong pula mandi.

Siap mandi kaklong ajak anak main aktiviti motor halus atau vocab. Kaklong dah susun aktiviti yang nak dibuat sepanjang minggu jadi mudah la sikit.

Pastu kaklong order makanan melalui grab atau food panda dan jemur baju.

Masa cik abang keje pagi, memang kaklong tak masak. Malas nak tinggal baby. Baby tu dah pandai mengesot, laju juga la dia pergi.

Time cik abang keje malam baru la masak. Kadang² tapau je.

Hahaha.
Macam panjang sangat je sampai tengahari kaklong tulis. Patut tulis pagi je kan. Haha

Takpe la terlajak sikit ya.

Apapun, kaklong masih usaha perbaiki rutin pagi kaklong tu. Kaklong nak lepas Subuh tu kaklong tak tidur dah dan terus mulakan hari. Tak payah tunggu pukul 8 baru nak mulakan hari.

Kaklong nak tunjukkan contoh yang baik pada anak² kaklong.

Doakan kaklong ya...


4 ulasan:

  1. Cuba buat azam tahun baharu, tak mahu tidur selepas subuh

    BalasPadam
  2. Terus je buat kerja Kaklong, tak payah tunggu pukul 8...
    Bila berawal-awal di pagi hari, hari kita rasa lebih panjang, Insha Allah
    Akk lepas anak hantar sekolah, pukul 9 dh start masak...
    By 11, dah boleh goyang kaki haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wooo awal juga tu masak pukul 9. Tapi mmg betul masa jadi panjang bila buat keje awal pagi.

      Okay² saya cuba.

      Padam

Komen la sikit ^^