Cara Saya Berfesyen

Allahuakbar...

Cabaran kedua 15 hari menulis blog ni memang agak segan nak menulisnya. Kerana Kaklong ni tak pandai bergaya pun.

Apapun kene tulis jugak la kan...

Sebelum tu meh tepek gambar terbaru kaklong.


Pada usia 38 tahun dan baru jadi mak anak dua, fesyen kaklong secara automatik berubah menjadi fesyen typical mak mak.
  • Tudung sarung soft awning
  • Blouse labuh kalau bole paras lutut
  • Seluar berpinggang getah
  • Stokin hitam
  • Selipar
Haaa itulah kaklong sekarang.

Kaklong yang asal?
  • Tudung shawl hitam dengan inner ninja
  • Blouse labuh tutup punggung
  • Jeans slim cut
  • Sneakers
  • Pastu lipstick pink
Itulah kaklong yang bertahun-tahun sama je. Sekali keluar anak kedua terus berubah jadi mak mak tanpa rela.

Sebenarnya kaklong tak minat tudung sarung. Sebab saiz muka dia tak sesuai dengan muka kaklong. 

Tapi apa bole buat, itu je tudung paling mudah dan paling cepat.

Kaklong suka pakaian kaler hitam dan gelap.
Tapi kaklong suka kaler bold juga dan kaler muda². Macam kaler apple, kaler langit, kaler oren camtu.

Style pula kaklong suka gaya sporty dan sesimple yang boleh. Paling suka pakai serba hitam macam ninja. Tapi tak pakai dah serba hitam sekarang. Tudung, seluar, stokin,selipar dan beg prefer hitam tapi baju kaler lain pun takpe.

Corak kaklong minat geometri yang minimal dan corak batik lukis. Kalau batik tu kene warna ceria macam pink, kuning dan kaler muda². 

Ramai orang ingat kaklong minat Puma.
Sebab kasut, stokin dan beg asyik Puma je.

Sebenarnya bukan kaklong yang minat. Cik Abang yang minat Puma, so kaklong pun tumpang layan minat dia.

Kaklong takde minat apa-apa jenama. Asalkan cantik kat mata kaklong pakai je.

K, kita jumpa esok pulak ek.
Cabaran apa pula esok ni...

Debor...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^