Cabaran 15 Hari Menulis Blog

Assalamualaikum

Macam biasa la kan, bila tahun baru je semangat semacam je nak buat itu la, nak buat ini la.

Malam tadi kaklong semangat pula nak mekap blog ni. Lepas anak-anak tidur kaklong pun buka lappy dan cari theme yang simple² gitew, maka terpilih la theme Carolina dari Theme Expose.

Nak kata puas hati dengan theme ni, tak berapa puas hati jugak la. Tapi theme free kan, terima je la, asalkan berfungsi.

Sementara bersemangat ni mari la kita menulis blog.

Tapi kan, takde idea. Hahaha.

Dah takde idea ni, jom la kita berjalan-jalan ke blog kawan-kawan. Jalan punya jalan terserempak la dengan post Mulakan Tahun Baru Dengan Cabaran 15 Hari dari blog Hannailly.

Cam best je ada orang bagi tajuk.

So, jom la kita join sekali cabaran ni.
Walaupun dah pertengahan Januari, takpe je, buat je. Huhuu..


So, kita start esok la ya.

Kaklong ni kene tulis masa anak dah tido.
Tapi takleh lama² sangat sebab kaklong pun kene tido awal. Kalau tak, esok kaklong lemau dan tak cergas nak uruskan Dak Farid dan Mek Fatin.

Kalau korang pernah atau tengah join juga cabaran ni, sila drop link kat komen. Kaklong nak walking² time free nanti.

Adioss


2 ulasan:

Komen la sikit ^^