Azam 2022


Hidup pun kelam kabut nak azam² pulak.

Rasa tak lengkap je tahun baru kalau tak tulis azam kan.

Capai tak capai tu tak penting, yang penting tulis. Huhu.

Memandangkan hidupku kelam kabut dengan anak 3 tahun dan baby, maka azam kita ni simple² je la.

1. Nak ada kebun mini
2. Nak kait selimut sehelai
3. Nak turun 10kg

Simple je kan.
Haha.
Tulis tu simple, buat tu tak simple.

1. Kebun Mini

Kebun mini ni sebenarnya dah start dah. Tapi baru je menyemai dan dah ada daun sikit².


Tengok la tu. Cute kan.
Kitorang try semai bendi.

Walaupun pak mertua kaklong seorang tukang kebun, tapi anaknya tak pandai pun berkebun.

Macam kaklong la.
Walaupun anak tukang masak, tak pandai pun masak. Huhuhuuu.

Akhir tahun nanti kita tengok apa jadi ya. Hidup ke mati..


2. Selimut

Lama gila kot tak mengait. Kaklong kene trigger thumb haritu (lama dah), so kaklong stop dulu mengait. Ni pun masih belom sembuh, tapi tak sesakit macam mula² dulu.

Tahun ni tak rasa nak mengait.
Tapi better kaklong mengait la satu benda.

Baru-baru ni ternampak satu selimut yang interesting betul. Paling syok dia sertakan sekali tutorial. Kaklong pun terus la excited.

Nak link dia:


Kalau korang nak mengait jugak, jom la.
Crochet along.

Apapun kaklong tak tau la akan berjaya ke tak. Maybe selimut ni amik masa 40 tahun kot baru siap. Hahaha


3. Turun 10kg.

Ni la azam yang paling boring sekali dalam dunia sebab tak pernah berjaya.

Tak pernah berjaya takpe.
Tapi putus asa tak bole okay.

Berat kaklong sekarang 74kg.
Kaklong nak capai 64kg hujung tahun ni.

Cam kaklong cakap la, berjaya tak berjaya tak penting. Yang penting tulis. Huhuhu...

Sapa² yang macam kaklong, tak pernah berjaya kurus, korang jangan la sedih sangat.

At least dengan azam ni korang workout la jugak, jaga makan la juga. Walaupun masih gemuk tapi sebenarnya badan korang sihat sebab jaga badan la juga walaupun sikit².

Jangan sedih tau, teruskan je.


Okay, nanti kita jumpa tahun depan kita tengok, setakat mana berjayanya azam ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^