Encanto Best.

Best gila Encanto.

Ada kat Disney Hotstar kalau nak tengok.

Sebenarnya jalan citer dia biasa-biasa je tapi visual dan lagu-lagu dia menarik.

Kaklong terpesona sangat la kat visual dia. 

Haritu Yunfila cakap ayah Mirelda tu rupa maca. Ayah Yunfila.

Tapi kaklong tengok Mirelda tu rupa sebiji macam Yunfila. Setiap kali Mirelda bercakap, kaklong nampak Yunfila tengah bercakap, oh my God, seriusly..

Sungguh encanto!

Uii, sama sungguh

Apapun taknak review la citer ni.
Cuma kaklong nak cakap tentang benda yang penuh spoiler.
Jadi kalau belom tengok dan taknak spoiler, jangan teruskan pembacaan. Nanti datang balik lepas tengok.

Kaklong nak cakap tentang cucu² Madrigal famili.

Korang perasan tak, keluarga Pepa semua dapat kuasa yang tak berguna kepada masyarakat.

- Emosi yang mempengaruhi cuaca tu tak berguna bila dia tak bole control. Dia asyik stress je sebab dia try untuk tak bercuaca buruk

- Bole dengar semua suara; nak buat apa kuasa tu selain bergosip dan blackmail orang.

- Bertukar bentuk jadi orang lain; nak buat apa kuasa tu? Takde kebaikan kot kuasa tu. Kecuali nak membuat onar.

- Bole faham bahasa haiwan. Kaklong tak nampak kebaikan untuk masyarakat bila pnadai bercakap dengan haiwan. Nanti kita akan bercakpa dengan haiwan je, tak bercakap pun dengan ornag dan akhirnya jadi anti-sosial.

Tapi keluarga Julietta semua dapat kuasa berguna.

- Masakannya menyembuhkan penyakit. Wow!

- Kekuatan luar biasa. Wow!

- Dapat hasilkan tumbuh-tumbuhan. Wow!

(Eh, bukan hasilkan tumbuh-tumbuhan la, dia bole hasilkan bunga je...

Tak.

Dia bole hasilkan tumbuh-tumbuhan.
Selama ni dia hanya hasilkan bunga sebab dia ingat itu je dia pandai buat. Sekali tu dia terbuat kaktus. Terperanjat dia. Bermakna dia bole hasilkan tumbuh-tumbuhan. 

Dia bole hasilkan pokok padi, buah-buahan, sayur-sayuran. Dia bole memakmurkan tanah.
Bukan kecik kuasa tu.)

- Dan last sekali penyambung kuasa nenek dia. Wow.

Kaklong bukan nak kritik keluarga Pepa tu, cuma ketidaksetaraan kuasa ni terlalu obvious.

Keluarga Julietta dibebani dengan kuasa yang penting untuk masyarakat; keluarga Pepa pula kuasa dorang hanya untuk kegunaan sendiri.

Apapun, takpe la.
Cerita je kot. 

Cuma kaklong terlalu nampak pilih kasih tu dan kaklong tertanya kenapa Disney buat macam tu.

Okay jom kita pergi kepada lagu pulak.

Oh my God, lagu² dia memang best.
Tersangat best 

Paling kaklong suka lagu Lucia, Surface Pressure.


First time dengar, kaklong dah jatuh cinta pada muzik dia. Sedap sangat. Masa Lucia menari tu wow cute sangat.

Tapi bila kaklong tengok lirik dia, aduhai mendalam habis. Dia berkaitan dengan mental health juga kan. 

Kaklong rasa anak sulung bole relate kot lagu tu dengan jiwa kita. So relatable.

Satu lagi kaklong suka lagu We Don't Talk About Bruno.

Oh lagu ni 
Syok dengar muzik dia, nyanyian dia, visual dia, semua laaa. Memang tip top.

Kaklong ni tak pandai hal muzik jadi takde apa kaklong bole komen selain sedap tak sedap je.

Dan lagu ni sedap. Hahaha.

Lagu ni sangat dramatik dan di punya harmoni tu uuuuuuuuui sedappp.

Haha. 'Sedap' je aku pandai sebut.

Okay, kaklong nak belanja satu video ni.
Video lagu We Don't Talk About Bruno tapi dalam 21 bahasa. 
Haa. Bahasa Melayu pun ada tau.


Korang dah tengok ke .
Suka lagu apa..

Catat Ulasan

0 Ulasan