Kisah Tak Jadi Beli Oppo Reno14 Pagi Tadi

Pagi tadi suami bawa pi kedai Oppo  (official kedai dalam mall). Dia nak belikan kaklong Oppo Reno14.

Pastu kaklong tengok Reno14 ada 3 jenis: Reno14, Reno14F dan Reno14 Pro. Salesman tu dari tadi duk mengekor je kaklong, kaklong pun tanya la apa beza Reno14 F dan Reno14 Pro?

Dia jawab, "lower spec". 

Itu je.

Habis citer.

Dia terus diam ...

Kaklong pun angguk-angguk ingat dia nak citer lagi.

Tapi takde.

Itu je. Pastu dia diam.

Kaklong punya tanya la spontan sebab takkan nak diam juga kan. Kaklong tanya, yang ni RAM lagi besar ke? 

Dia jawab RAM sama.

Tu je.

Tu je, kawan-kawan...

Kaklong pun tak faham, dia ni kerja sini ke?

Kaklong tahu la kan, kalau dah beza harga ratus-ratus memang la lower spec. Tapi citer la sikit apa spec yang beza tu. Apa bestnya spec yang mahal tu. Baru kaklong boleh decide nak beli yang mana.

Takkan la kaklong nak tanya spec satu satu sampai jumpa beza dia. Awak kan salesman, citer je la.

Memang la kan kaklong boleh Google apa beza 3 phone tu, tapi awak kan dari tadi mengekor je saya, dan awak pun kerja kat sini. Apa salahnya awak cakap je tanpa saya keluarkan phone Oppo A96 saya ni untuk Google apa beza 3 phone ni.

Kaklong pun terus takde mood dah nak beli kat situ. 

Bukan taknak beli phone Reno14 tapi tak nak beli kat dia. Nak cari kedai lain yang boleh bercakap. Benda harga 2 ribu kot, takkan cakap sikit pun tak boleh.

Dah la kaklong terpesona juga dengan smartwatch dia. Kalau tak tadi nak amik dah phone dan watch sekali. Tapi takde mood dah.

Alang-alang dah cakap pasal Oppo Reno14, kaklong nak bagitau la sikit apa beza 3 phone tu hasil kajian melalui Google.

So basically beza dia ialah yang Reno14 F tu ialah spec yang basic dan sesuai untuk orang yang nak bajet dan guna phone untuk basic-basic je (call, whatsapp, social media, scrolling, amik.gambar sikit-sikit). 

Reno14 sesuai untuk kaklong. Kamera dia boleh zoom jauh tapi gambar tak pecah. Dan boleh zoom berganda-ganda.

Reno14 Pro pula dia punya bateri lebih tahan lama, boleh wireless charging, processor dia pun lagi power dan smooth sesuai untuk heavy user yang guna phone untuk main game. Kamera dia pun lagi power dan ada function yang lebih untuk orang nak amik gambar cantik untuk kerja (photographer, content creator, vlogger, etc). 

Jadi untuk kaklong Reno14 dah ok sebab kaklong nak function zoom jauh dan tak pecah (telephoto kot nama dia). Pastu kaklong tak main game kat phone.

Nanti bila hati dah ok kaklong akan pi cari Oppo Reno14 tu sekali lagi kat kedai lain. Harap-harap dapat salesman yang bertenaga sikit kali ni. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer