Facebook is Super Toxic
Uissshhhh...
Kaklong dah lama dah quit social media yakni Facebook dan Instagram. Social media lain kaklong memang takde.
Yang ada pun sekarang cuma YouTube je. Tu pun jarang juga scrolling.
Baru-baru ni kaklong buka kejap Facebook sebab nak copy paste post sinopsis pasal anime Dragon Quest: The Adventure of Dai.
Buka je Fb tu, terus keluar feed yang toksik giler. Mengingatkan kaklong kenapa kaklong quit fb at the first place.
Kaklong sebenarnya dah karang dah beberapa post pertama yang muncul kat fb feed kaklong, tapi kaklong padam sebab kaklong tak mahu bawa toksik tu masuk sini.
Apapun post-post toksik tu berkaitan dengan membandingkan pekerjaan, membandingkan lelaki perempuan, tak puas hati itu ini.
Kaklong faham yang bukan semua orang tulis benda toksik kat Facebook. Tapi Facebook tu sendiri pilih post toksik, provokasi dan dan yang mengganggu emosi untuk ditunjukkan kepada kita.
Post-post elok yang berkualiti yang baik-baik yang murni-murni Facebook benamkan, tak bagi pun sape-sape nampak. Dia nak kita geram supaya kita komen dan share.
Kaklong sendiri untuk malu orang yang takde kerja tulis benda-benda tak berfaedah yang mendatangkan marah orang tak tentu pasal. Dah la kebanyakan pengguna kat Facebook tu orang yang melepasi middle age. Masih lagi menulis benda tak berfaedah.
Oleh itu kaklong nak seru siapa-siapa yang belum quit Facebook dan social media lain, sila la quit.
Sebab memang tak ada faedah pun korang duduk kat situ.
Korang sebok menonton kehidupan orang lain, membaca pendapat yang tak profesional, ambil tahu kisah kehidupan artis-artis yang rata-ratanya merepek. Membuang masa.
Masa tu awak patut guna untuk living your life, bukan make your life miserable.
Sila la quit social media.
Ulasan
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^