Dragon Quest Episod 8-11
Baru tengok episod 8-11. 4 episod je mata dah nak lelap dah. Ni memang masalah kaklong, kalau scene berlawan mesti kaklong ngantok.
Ini intipatinya. Dai, Popp dan Maam sampai ke istana Romos tapi tak dibenarkan masuk sebab dah malam. Mereka pun bermalam kat hotel dan terjumpa penjahat yg menyamar sebagai wira dalam episod 1 yang lepas. Penjahat tu kata dorang dah insaf la konon.
Keesokan harinya pahlawan buaya dna konco-konconya pergi serang istana dengan tujuan nak paksa Dai muncul sebab dia memang nak bunuh Dai atas arahan Hadlar. Dai nampak kejadian tu terus dia bergegas ke istana. Maam ajak wira² palsu semalam tu join sekali tapi mereka taknak sebab takde kene mengena ngan dorang. Tak semena-mena Popp pun bersetuju dengan wira palsu tu. Maam terperanjat, kau dah kenapa cakap macam tu? Dai tu kan kawan kau dan kita ni anak murid Cikgu Avan. Tapi Popp merepek² cakap dia bukan nak jadi wira sangat pun, bukan nak lawan sangat pun. Maam kecewa gila dia pun pergi ke istana tinggalkan Popp sorang².
Dai kat istana tu lawan dengan pahlawan buaya tu. Rupa-rupanya buaya tu main tipu tau. Dia bawa keluar atuk Dai yang nama Brass tu. Dia dah pukau Brass jadi jahat dan lawan ngan Dai. Dai tak bole lawan sebab tu atuk dia. Maam pun tak bole lawan sebab Dai tak bagi serang.
Popp kat hotel tu duk dalam dilema nak pergi tolong ke tak. Pergi tolong bukan bole menang pun. Tak tolong rasa bersalah pula. Tiba² sorang wira palsu muncul dan ajak Popp join geng wira palsu. Dia kata masa muda dulu pun dia macam Popp juga, suka lari bila kawan² dalam kesusahan sebab dia takot. Akhirnya dia jadi wira palsu je la senang. Menipu je keje pastu tak payah membahayakan diri. Popp pun akan jadi macam dia juga nanti jadi join je la dia sekarang, tak payah susah². Popp dengar tu dia terus rasa ditempelak. Dia anak murid Cikgu Avan takkan hidup dia berakhir sebagai penipu. Dia bersemangat dan terus berlari ke istana.
Sampai kat istana Dai dah pengsan, Maam pula kene belenggu. Popp menggigil² berhadapan dengan pahlawan buaya yang kuat gila tu. Buaya tu gelak² je tengok Popp lalu dibelasahnya Popp. Popp setakat jadi lauk je. Rupa-rupanya Popp ada akal juga. Dia berjaya buat magik pelindung di sekeliling atuk Brass menyebabkan pukauan tu terlerai dan takde siapa bole apa-apapun Brass selagi dia duduk dalam bulatan tu. Pahlawan Buaya tu geram dia pun nak bunuh Popp.
Belum sempat dihayunkan kapak tu, Dai bangkit. Terkejut buaya tu camana bole bangkit pula tiba². Masa bangkit tu body Dai bercahaya dan dahi dia muncul logo naga. Disebabkan Brass dah selamat, Dai pun all out dan akhirnya buaya berjaya dikalahkan. Konco-konconya sempat bawa lari buaya tu ke markas Vearn.
Disebabkan kehebatan Dai, raja pun nobatkan Dai sebagai wira. Tapi Dai menolak secara baik. Dai kata kemenangan kali ni bukan hasil dia seorang. Tapi semua orang saling membantu jadi dia belum layak digelar wira. Raja angguk2 bangga dengan kematangan Dai.
Tak lama kemudian mereka bertiga naik kapal menuju ke negeri Papnica. Dai nak ke sana untuk berjumpa (mungkin juga nak melindungi) Puteri Leona. Kapten kapal cakap Papnica tu diserang teruk oleh Bala Kegelapan. Dai makin risau.
Sampai je kat Papnica, negara tu dah jadi macam Madmax punya wasteland akibat diserang. Istana pun dah runtuh. Tiba-tiba mereka diserang skeletons. Mereka diselamatkan oleh sorang remaja kacak berambut putih dan berperisai bernama Hyunckle. Mereka terkejut juga sebab teknik pedang Hyunckle tu macam gaya Cikgu Avan. Rupa-rupanya memang dia anak murid Cikgu Avan yang pertama. Dorang pun happy sebab tambah lagi seorang sekutu.
Malangnya Hyunckle bukan la seperti yang disangka. Hyunckle memang anak murid Cikgu Avan, tapi dia juga salah seorang 6 Komander Legion Bala Kegelapan. Dia diarahkan oleh Vearn untuk bunuh Dai. Dan dia berbesar hati untuk berbuat demikian. Malah dia sendiri benci Cikgu Avan.
Jangan bimbang ni cerita klasik. Kita tak perlu tunggu sampai 100 episod untuk diberitahu kenapa dia benci Cikgu Avan. Sekarang juga dia cerita.
Kisahnya masa Hyunckle baby dia telah dijumpai oleh seorang bala Kegelapan dan dia dibesarkan kat tempat Vearn bagaikan anak sendiri dengan penuh kasih sayang. Masa dia kanak-kanak, tiba2 tempat Vearn diserang wira. Ayah dia ni pun sekali pergi pertahankan tempat tu. Malangnya ayahnya mati menjadi abu dan Hyunckle nampak cuma Cikgu Avan je yang hidup berada di tempat kejadian. Cikgu Avan ambil Hyunckle menjadi anak murid dan ajarkan dia main pedang. Bila dah pandai main pedang, tiba2 dia serang Cikgu Avan dengan niat nak bunuh. Cikgu Avan tepis kuat (refleks) sampai terhumban Hyunckle ke dalam laut. Cikgu Avan cuba selamatkan dia tapi tak jumpa, dia dah hanyut entah ke mana. Akhirnya Hyunckle diselamatkan oleh Mystvearn, orang bawahan Vearn. Sejak itu dia kembali mengabdikan diri kepada Vearn.
Mereka bertiga pun lawan Hyunckle tapi Hyunckle ternyata sangat hebat. Lawan2 ni belum habis sebab kaklong dah ngantok. Esok sambung.
Kalau macam ni la pace kaklong menonton, rasanya tak sempat habiskan sebelum akhir bulan ni. Kurang² kene tengok 10 epiaod sehari. Semalam 7, hari 4 je. Camana ni?
Mungkin kaklong kene menonton sambil briskwalk atas treadmill. Sejam bole dapat 3 episod. Kalau briskwalk pagi sekali petang sekali dapat 6 episod pastu tambah 4 episod sebelum tidur. Dapat 10 episod.
Gigih sangat kau ni kaklong. Tak padan dengan usia
Ulasan
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^