Azam 2026

Hahaha.
Tetibe je azam di akhir April?

Pada asalnya kaklong takde azam tahun ni.. Tapi tadi adik amik video candid dan kaklong dapati debab betul kaklong dalam video tu. Tetibe rasa kesian pulak suami kene hadap kedebaban kaklong ni. 

Dia tak pernah komplen dan dia ok je kaklong debab sebab dia suka bawa kaklong pergi makan dan suka kaklong melantak. Namun sebagai isteri solehah (Aamin) kaklong nak la beri yang terbaik untuk dia.

Selain tu kaklong juga dah ada tanda insulin resistance dan sakit lutut sikit bila melangkah dari tempat tinggi. Bukan tangga, tapi macam cerun dan tempat macam kaki lima yang tinggi sikit nak turun ke jalan raya. 

Oleh itu, azam kaklong tahun ni ialah nak turun 6kg menjelang 1 Januari 2027.

Berat kaklong sekarang ialah 79kg.

Yang kaklong timbang haritu.


Jadi pada 1 Januari 2027 nanti berat kaklong mesti 73kg.

Itu ialah target.

Kaklong tak akan ada target je. 
Kaklong mesti ada sistem untuk merealisasikannya.

Sistem yang akan kaklong buat (inshaa Allah) sepanjang tahun ni ialah 

1. Morning walk 2km

2. Breakfast low carb +higher protein 

3. 10 minit walking selepas makan

4. Suku suku separuh - start dgn sayur > protein > carb

5. Minum air masak semasa makan

6. Minum air bergula hindarkan. Tapi kalau nak juga, kurang manis dan minum separuh gelas sahaja.

7. Minum minuman bergula tanpa makanan

8. Evening walk 2km

9. Hari tak walking, ganti dengan indoor walk 1km

Nampak tak heavy kan.
Memang tak boleh heavy. Heavy heavy nanti tak buat.

Yang walking tu pernah buat, jadi kaklong tau kaklong boleh.

Diet tu pun pernah buat masa kene kencing manis ketika mengandung anak pertama, jadi kaklong tau juga kaklong boleh buat.

Kenapa walking?
Kenapa tak briskwalk?

Sebab kaklong pernah ye kawan-kawan, pernah briskwalk 4-6km sehari hampir setiap hari selama 3 bulan. 

Hasilnya?.
Berat tak turun. Hahaha.

Haaaa itu lah dia.
Selepas tu kaklong keciwa dan stop briskwalk setiap hari. Buat 2x seminggu je dan lama-kelamaan 2x sebulan.
Itulah kaklong bila kecewa. 

Dan kaklong tau punca berat kaklong nak berubah dalam tempoh tu.
Puncaknya lepas briskwalk kaklong lapar giler. Pastu pergi kedai makan dan makan sedap. 
Sebenarnya kaklong takde lah makan banyak. Cuma habiskan makanan dalam pinggan. Dan negeri kaklong duduki ni makanan dia memang banyak sangat, boleh makan sampai 2 orang. Jadi bila dah lapar tu, makan je semua tak sedar dah nak stop sebelum kenyang. Itulah sebabnya berat tak berubah. 

Walaupun begitu, ada positif impak juga. Sepanjang 3 bulan briskwalk tu mood kaklong sangat stabil dan rasa riang. Seluar pun ada longgar sikit dan dagu nampak slim sikit. 

Cuma itulah, kalau kaklong teruskan je briskwalk tu (tanpa jaga makan) mungkin berat kaklong akan turun juga selepas 6 bulan atau setahun. Masalahnya kaklong berhenti.

Kali ni inshaa Allah kaklong akan usahakan tak berhenti.

Kaklong akan usahakan (inshallah) jadikan walking, suku suku separuh dan separuh gelas minuman bergula sebagai lifestyle, bukan sekadar buat sebab nak turun berat badan sahaja.

In Shaa Allah kaklong nak buat. 
Doakan kaklong ye kawan-kawan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer