Jom tengok Dragon Quest : The Adventure of Dai

Pada 2024, kaklong ada tulis sinopsis cerita Dragon Quest: The Adventure of Dai kat Facebook kaklong.

Sekarang kaklong nak copy paste kat blog ni untuk simpanan kaklong. Sebab kaklong dah totally quit social media. Ni kaklong login balik sebab rindu dengan citer ni yang dah pun tak ditayangkan lagi kat mana-mana dalam dunia ni.

Kaklong paste je balik kat sini ta la edit, jadi jangan pelik kalau tengok tarikh tak sama.




Alamak, tinggal 10 hari je lagi sebelum pergi. Jom tengok anime klasik ni.

Dragon Quest ni manga yang kaklong baca masa kecik² dulu sekali dgn Dragon Ball. 

Citer dia tak sehebat Naruto, lagipun memang muncul sebelum Naruto. Time tu memang best giler la.

Kaklong pun dah tak ingat kisah ni tentang apa. Sebab kaklong baca pun start pertengahan cerita (dulu² kene beli komik tiap bulan. Naseib la volume brape yang ada kat kedai). 

Intipatinya budak nama Dai ni mengembara dengan dua kawan segurunya, Popp dan Maam. Gurunya nama Cikgu Avan. Cikgu dia tu kalau bukan sebab rambut bergulung mesti dah popular macam Gojo sebab personalitinya menarik.

Malam ni start tengok. Harap² dapat selesaikan semua episod dalam 10 hari. Mampu ke? Haha


Ni la crush kaklong masa kecik² dulu (selain Trunks). Dia sorcerer tapi tak la kuat sangat. Yang penting kacak.



Ni la Cikgu Avan yang kacak bergaya lagi kuat berkuasa tu. Tapi sayang rambut bergulung


Ni la 3 kawan seguru tu. Dari kiri Dai (watak utama), Popp dan Maam. Popp tu pandai sihir.

Jom jom esok kita start tengok.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer