Kemas Rumah Hoarder

Baru-baru ni saya balik kampung 5 hari. Dalam tempoh 5 hari tu saya berjaya kemas dan bersihkan ruang tangga dapur dan jalan menuju ke bilik mandi. 

Sebagai konteks, ayah saya hoarder. Rumah tu terlalu banyak barang dan ayah sayang barang-barang tu semua. Kami semua pun akur sebab kami nak ayah happy. Lagipun ini rumah ayah, kami cuma anak je.

Saya dah lama nak kemaskan tapi saya jenis tak pandai mengemas.

Cara saya kemas ialah; 

1. Buang barang yang tak perlu.
2. Cuci/mop
3. Susun balik 

Jadi bila saya cuma pindah-pindahkan barang, saya sendiri tak tahu nak pindahkan kat mana sebab tak ada ruang untuk dipindahkan.

Balik kali ni saya tetapkan mindset yang saya cuma nak kemas ruang tu. Bukan nak buang, tapi nak cuci dan kemas semula. 

Apa yang saya buat:

1. Kutip dan buang sampah yang memang sampah (yang ayah kumpul saya tak sentuh)

2. bersihkan (lap habuk dan kotoran)

3. Susun semula supaya kemas

Alhamdulillah. Saya berjaya juga.
Walaupun ruang tu nampak tiada perubahan sangat, tapi saya berjaya juga buang 9 beg sampah dalam proses.

Dan tiada perubahan tu bagus. Itu menunjukkan yang saya tak buang barang, cuma buang sampah.

2 3 bulan lagi balik, saya akan kemaskan sikit lagi ruang. Ruang apa tu belum tahu lagi.

Semoga istiqomah kemaskan rumah ibubapa. Aamin....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer