Dragon Quest Episod 16-19

Intipati episod 16-19

Semalam mereka berjaya lepaskan diri dari Flazzard, tapi diserang oleh pengikut Flazzard. Belom udara panas yang mereka naiki hampir terhempas, namun peristiwa tersebut disaksikan oleh seorang misteri yang duduk di gua berdekatan. Orang misteri itu gun magic untuk bantu mereka. Lepas terhempas tu mereka pergi jumpa orang misteri itu. Rupa-rupanya orang misteri ialah seorang sorcerer veteran yang agung bernama Matoriz.

Mereka minta bantuan Matoriz taou Matoriz taknak tolong sebab dia dah merajuk dengan manusia. Dulu raja minta tolong dalam perang, lepas menang perang sorcerer ni tak dipedulikan dah malah dibuli pula oleh pembesar. Jadi dia dah nak tolong sapa² lagi. Mereka pujuk2 Matoriz tapi tak jalan. Tiba² Dai terjaga dan minta tolong Matoriz dengan bersemangat. Matoriz nampak sinar mata Dai sama dengan mata Avan. Dia pun setuju nak tolong 

Mereka pun rancang untuk letupkan dua menara milik Flazzard (satu menara ais, satu lagi menara api) dengan menggunakan bom. Dai pula training fighting dengan mata bertutup dan Popp pula diajarkan ilmu magic baru. Tapi part Popp ni tak mudah sebab Popp ni jenis sambil lewa. Selagi tak terdesak selagi tu la dia buat ala kadar je. 

Akhirnya mereka berkumpul dan menyusup ke tempat Flazzard tu. Mereka berpecah, dua pergi letupkan menara api, dua lagi letupkan menara ais. Rupa-rupanya kat menara tu dah ada yang menunggu. 

Menara api yang Dai pergi tu ditunggu oleh komander tua dan Mystvern. Mereka pun lawan punya lawan sehingga Dai dibelenggu oleh Mystvearn menggunakan teknik yang sama dengan Hyunckle. Rupa-rupanya Mystvearn yang ajarkan Hyunckle teknik itu. Tiba-tiba pup pahlawan buaya muncul untuk menolong Dai. Kiranya buaya ni dah jadi geng baik. Lawan punya lawan akhirnya buaya berjaya letupkan menara api.

Menara ais yang ditugaskan kepada Popp dan Maam pula ditunggu oleh Hadlar. Popp menggigil² marah bila nampak Hadlar. Hadlar rupanya dah dapat body baru jadi kekuatannya dah bertambah berbanding sebelumnya. Lawan punya lawan, Popp dan Maam kalah. Hadlar nak bunuh Maam tapi Popp merayu² supaya jangan bunuh Maam. Time ni la Hadlar tahu yang Popp ada hati kat Maam. Sebagai orang jahat Hadlar nak tengok Popp sengsara. Dia pun lempar Maam direct ke hujung menara ais yang tajam tu supaya tertusuk kat situ. Belum sempat Maam tertusuk, tiba-tiba menara tu runtuh. Hadlar macam eh eh eh? Kenapa pula runtuh. Rupa-rupanya Hyunckle yang runtuhkan. Hyunckle muncul dengan baju besi sambil mendukung Maam. Maam nampak je Hyunckle terus dia peluk dan nangis kat situ. Tak sangka Hyunckle hidup lagi.

Hyunckle pun cerita yang semasa dia tenggelam dalam lava tu pahlawan buaya datang selamatkan dia dan rawat kecederaannya. Hyunckle sebenarnya malu gila sebab masih hidup selepas apa dia buat kat cikgu dna kawan²nya. Tapi buaya tu bagi kata² semangat dan ajak Hyunckle tolong kawan-kawan segurunya. 

Tengok Maam dan Hyunckle berpelukan tu, Popp pun dah tak keruan dan merentan2 kat situ. Hyunckle suruh dorang pergi selamatkan puteri Leona, Hyunckle nak urus sendiri Hadlar ni lagipun Hadlar ni bunuh ayah dia. Popp pun cepat² setuju dan bawa Maam pergi, cemburu punya pasal. Hyunckle dan Hadlar lawan punya lawan akhirnya Hadlar menang dengan menggunakan tipu daya. Hyunckle dah hampir mati tiba-tiba teringat ajaran Cikgu Avan tentang satu teknik ni. Dia pun kumpul semua aura yang tinggal dan lancarkan teknik tu pada Hadlar.

Dai, Popp dan Maam yang otw nak selamatkan puteri ternampak pancaran teknik Hyunckle. Pancaran tu sama dengan pancaran semasa Cikgu Avan letupkan diri. Dai nak patah balik untuk bantu Hyunckle tapi dihalang oleh Popp. Mereka bertikam lidah kat situ. Akhirnya Maam decide untuk teruskan perjalanan. Dia kata Hyunckle dan Buaya susah² datang bantu kita untuk selamatkan puteri. Kalau patah balik kita dah sia-siakan usaha mereka. Jadi mereka pun meneruskan perjalanan.

Hadlar yang terkena teknik tu mengalami kecederaan tapi masih hidup. Dia mendekati Hyunckle dan gelak besar bila tengok Hyunckle dah kaku. Dia mengejek² Hyunckle kat situ. Hyunckle yang tiba2 sentap, pedangnya tertikam tepat ke jantung Hadlar. Pastu Hyunckle kembali kaku. Bila terjaga dia tengok Hadlar dah hilang. 

Dai, Popp dan Maam sampai ke tempat Flazzard dan lawan² Flazzard kat situ. Flazzard berubah bentuk kepada batu-batuan kecil dan serang mereka dengan kelajuan tinggi bagaikan peluru. Masa ni Hyunckle dan buaya sampai ke tempat kejadian dan turut diserang sama. Hyunckle explain yang Flazzard ni sebenarnya makhluk jadian Hadlar, jadi kene cari teras dia baru bole bunuh. Maam pun perasan yang bentuk Flazzard ni dah berubah. Rupa-rupanya daya hidup Flazzard ni tak lama sebab tu dia kene save energy sikit. 

Dai dapat satu idea. Dia teringat teknik belah angin yang Cikgu Avan sempat ajarkan secara teori. Dai guna teknik tu untuk potong Flazzard namun gagal. Walaupun begitu tak la gagal sepenuhnya. Tangan Flaizzard tiba² terpotong seolah² efek teknik tu tadi lambat. Dai pun cuba lagi beberapa kali namun gagal juga.

Sampai situ je kaklong tengok untuk hari ni. Lama lagi ni. Esok kaklong cuba tengok siang sekali malam sekali. Ada 31 episod more to go

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer