Dragon Quest Episod 11-15
Baru lepas tengok episod 11-15.
Semalam kan Dai, Popp Maam lawan Hyunckle. Tapi susah gila nak kalahkan sebab Hyunckle hebat gila. Sampai Maam pun pengsan kene lempor dengan Hyunckle.
Popp suruh Dai mengamuk sampai keluar logo naga supaya dapat kalahkan Hyunckle, tapi Dai tak dapat berbuat demikian. Backstory Hyunckle tu buat Dai faham perasaan Hyunckle. Kalau atuk Brass kene bunuh pun mungkin Dai akan ada perasaan dendam yang sama seperti Hyunckle. Jadi Dia tak dapat nak mengamuk terhadap Hyunckle.
Tiba² pahlawan buaya muncul dan halang Hyunckle dari apa²kan budak tu. Hyunckle macam kau dah kenapa? Pastu mula la buaya tu bagi ceramah cakap kau ni bukan lawan sebab apa. Kau ni terlalu benci manusia padahal kau pun manusia. Aku pandang rendah budak² tapi akhirnya aku kalah kat tangan mereka kerana mereka mempunyai determination yang tinggi. Manusia memang hebat. Bila aku recarnated balik aku nak jadi manusia.
Buaya tu pun arahkan helang suruhannya bawa Dai dan Popp keluar dari situ. Tapi Maam tak bole sebab helang tu boleh bawa dua orang je. Buaya memberi jaminan yang Hyunckle tak akan apa²kan perempuan sebab Hyunckle gentle. Mereka pun dibawa pergi dari satu.
Buaya n Hyunckle berlawan kejap tapi kejap je buaya kalah sebab dia masih cedera akibat perlawanan yang lepas. Maam dikurung dalam bilik bawah tanah. Hadlar datang jumpa Hyunckle konon nak bertanya khabar padahal dia saje provoke cakap semua orang risau Hyunckle tak mampu bunuh Dai sebab dia manusia macam Dai dan juga anak murid Cikgu Avan. Hyunckle pun marah dan ingatkan Hadlar yang Vearn sendiri bagi direct order pada dia so Hadlar jangan nak melampau.
Hyunckle jenguk Maam kejap dan Maam cuba pujuk Hyunckle kembali ke pangkal jalan sebab kita kan anak murid Avan, taknak la gaduh. Lagipun ayah awak baik mesti dia sedih tengok awak menyalahkan orang sana sini. Hyunckle berasa hati dia pun tampor Maam sekali. Pastu dia menyesal sebab dia sepatutnya gentle. Tiba2 sorang komander tua datang dan ejek Hyunckle ada hati la tu kat Maam. Hyunckle yang tak suka mengarut² camtu terus lempor orang tua tu. Padan muka kau.
Dai dan Popp yang terselamat cuba cari jalan untuk selamatkan Maam. Popp dapat idea. Dia nak guna magic halilintar untuk strike Hyunckle memandangkan Hyunckle pakai baju besi, mesti nanti kene renjatan elektrik. Tapi Popp tak mampu buat sorang, maka Popp akan kumpulkan awan, Dia pula panahkan halilintar. Dorang pun practice sepanjang hari.
Keesokan harinya dorang pergi ke tempat Hyunckle. Rupa-rupanya Hyunckle dah tunggu dah pun. Dalam masa yang sama Gomenchan menyelinap masuk tempat Hyunckle untuk tolong Maam. maam berjaya dapatkan tongkat sakti dengan bantuan Gomenchan dan guna magic untuk pecahkan pintu bilik kurungan. Tengah cari jalan keluar tu Maam terjumpa satu harta karun yang sangat bernilai.
Pada masa tu Dai dan Pop lawan² ngn Hyunckle tapi seperti dijangka memang bukan tandingan dorang. Akhirnya mereka berjaya strike magic halilintar tepat ke Hyunckle, tapi Hyunckle takde efek pun. Uishh ni orang ke apa ni, cakap Popp dalam hati. Akhirnya Dai pengsan dibelasah Hyunckle.
Pada masa ni Maam sampai dan stop fighting tu. Maam tunjuk harta tu pada Hyunckle. Dia macam siput yang dalam tu ada voice note. Mesej terakhir dari ayah Hyunckle. Hyunckle pun macam watdehek? Hyunckle pun terus dengar.
Ayah dia citer perkara sebenar yang berlaku pada hari kematiannya. Masa Avan serang tempat Hadlar tu, ayah lawan Avan lalu kalah. Tapi Avan taknak bunuh ayah sebab dia nampak ayah pakai kalung kertas, dia suspek mesti ayah ada anak jadi dia lepaskan ayah. Avan minta ayah bukakan pintu untuk ke tempat Hadlar. Ayah setuju dengan syarat tolong ajar Hyunckle berlawan. Mereka capai kata sepakat. Ayah ingat Hadlar dah mati rupa-rupanya dibangkitkan semula. Hadlar pun bunuh ayah sebab khianat. Sebelum mati ayah sempat rakam voice note ni dan sembunyikannya dengan harapan satu hari nanti Hyunckle akan mengetahui perkara sebenar.
Hyunckle geram bila tau hal sebenar. Dalam tengah processing kebenaran tu, tiba² Dai bangkit tanpa sedar lalu terus serang Hyunckle. Hyunckle balas serangan tapi baju besinya yang dikatakan kebal tu telah berjaya dirosakkan oleh pedang Dai. Rupa-rupanya Dai masukkan magic dalam pedang which is impossible to do unless Dai ni luar biasa. Akhirnya Hyunckle kalah dan baju kebalnya pecah. Dai hampir merodok Hyunckle tapi dihalang oleh Maam. Maam nangis² cakap kita anak murid Cikgu Avan tak patut gaduh camgini. Hyunckle rasa terharu sangat dengan kasih sayang Maam. Pada masa tu Dai tersedar dan tak faham apa telah berlaku. Maam guna magic untuk pulihkan kecederaan Hyunckle.
Belom sempat pulih sepenuhnya, tiba² muncul salah sorang Komander Legion bernama Flaizzard. Flaizzard ni makluk yang sebelah ais, sebelah lagi api. Dia gelak-gelakkan Hyunckle sebab kalah dan tunduk pada anak murid Cikgu Avan. Flaizzard hasilkan lava dan kepung dorang. Dorang tak sempat buat apa, tau² lava melimpah sekeliling.
Pada masa ni Hyunckle tunjuk gentle. Hyunckle angkat tanah yang dorang berdiri tu lalu lempor jauh² (melempor je keje kau, Hyunckle) untuk selamatkan dorang, tapi Hyunckle sendiri tenggelam dalam leburan lava sambil senyum dan angkat tangan. Dorang pun terpaksa je la lari, takleh buat apa dah.
Mereka menyorok dan pulihkan diri dengan bantuan askar Puteri Leona bernama Baduck. Pada masa ni Maam kelihatan sugul je. Popp pun mendekati dan tanya nape sedey ni, teringat Hyunckle? Maam pun angguk². Popp yang memang ada hati kat Maam ni tanya la, awak suka dia ke? Maam cakap tak pasti suka ke tak, tapi dia kesian tengok Hyunckle dan dia nak tolong menemani Hyunckle. Walaupun cemburu dengan jawapan tu, Popp tetap bagi kata semangat.
Baduck bawa dorang ke kuil sebab kat bawah kuil ada suar yang bole hantar signal ke Puteri Leona. Malangnya pintu tu dah terkambus dlaam runtuhan. Dai minta dornag ketepi sebab nak guna magik. Dai lancarkan kuasa api untuk clearkan runtuhan tu. Popp terkejut dan marah gila sebab kan kat bawah tu suar, yang kau guna api tu dah kenapa? Tak pasal² suar tu semua meletup² sampai la habis.
Namun begitu usaha tu tak sia2 juga sebab tak lama lepas tu mereka didatangi oleh sekumpul pengikut Puteri Leona yang ternampak suar tadi tu. Dai perkenalkan diri dan tunjukkan pedang pendek hadiah dari Leona sbg bukti. Mereka pun dibawa berjumpa Puteri Leona.
Kat tempat persembunyian Leona, tengah elok semua relax tiba² Flaizzard muncul dan serang mereka semua. Target dia nak bunuh Leona. Dai yang tengah dalam perjalanan ternampak serangan tu terus dia lompat serang sorang². Gaduh punya gaduh Dai berjaya potong tangan Flaizzard. Flaizzard ni pun tak berapa gentle gak sebenarnya. Dia lancarkan sejenis magik yang bekukan kuasa dan kekuatan semua orang kecuali Flaizzard. Maka semua orang tak bole guna magic (kecuali Flaizzard) dan pukulan semua orang selembut baby (kecuali Flaizzard).
Maam yang bijaksana tu tahu kalau teruskan juga memang takkan menang pun. Dia suggest semua berundur. Dengar je nak berundur, dengan tak gentle-nya Flaizzard tangkap Leona dan bekukan tuan puteri tu. Dai kan tak bole. Dia tetap nak lawan juga. Akhirnya Maam terpaksa pengsankan Dai dan mereka berundur melarikan diri. Maam rasa bersalah juga tapi tu je caranya sebab memang tak bole menang pun kalau lawan jugak.
Itu je setakat episod 15.
Penat gila tengok citer malam² pastu taip pula citernya tengah² malam. Ada 35 episodes to go.
Ulasan
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^