Dragon Quest Episod 1-7

Dragon Quest 

Baru tengok episod 1-7. Kaklong tak rasa akan berjaya tengok semua 50 episod sebelum 29 Oct. Tapi cuba je la. 

Jom kaklong citer intipati citer ni setakat episod 7.

Kisahnya kat satu pulau ni ada monster² baik dan sorang anak yatim bernama Dai yang dijaga oleh monster tua bernama Brass.

Satu hari pulau ni didatangi oleh sekumpulan wira. Rupa-rupanya mereka orang jahat yang menyamar sebagai wira. Mereka nak cari monster emas terbang bernama Gomechan. Mereka berjaya tangkap Gomenchan tapi Dai lawan² akhirnya menang. Raja sangat kagum dan tabalkan Dai sebagai bakal wira.

Kemudian pulau tu didatangi pula rombongan tuan puteri Leona. Leona ni kene buat upacara apa ntah kat pulau ni. Leona gelakkan Dai sebab ingatkan bakal wira ni sado ke apa, rupa-rupanya budak kecik je.

Dai bawa dorang ke tempat upacara dan berlaku peristiwa yang buat Leona kagum dengan Dai. Masa ni Dai reveal yang dia tahu fighting je tapi tak tahu (takde talent) magik. Leona pun hadiahkan pedang pendek pusaka kepada Dia sebagai senjata.

Rupa-rupanya ada orang jahat dalam rombongan Leona tu. Mereka tak mahu Leona buat upacara tu. Dai pun lawan² dengan guna pedang pendek tu, akhirnya Dai menang. Leona say tq dan leave.

Pada suatu hari semua monster menggelupur disebabkan aura jahat dalam diri monster (yang sebelum ni dibelenggu) telah keluar menguasai diri monster sekalian. Ini adalah petanda yang Dewa Kegelapan muncul. Tapi pelik la, Dewa Kegelapan sebenarnya dah lama mati dibunuh oleh wira terunggul long time ago.

Brass suruh Dai pergi sebelum mereka berubah jadi monster jahat, nanti Dai mati kene bunuh. Tapi niat Brass dihalang oleh seorang jejaka bercermin mata berambut gulung bersama seorang remaja berbaju hijau. Jejaka ni lancarkan magic dan cover keseluruhan pulau tu dengan kuasa pelindung. Monster² kat pulau tu pun terselamat dari aura jahat tu.

Bahasa kaklong ni tak berapa sedap la sebab kaklong ngantok. Kaklong teruskan je la ok.

Kat mana tadi?

Haa. Jejaka tu perkenalkan diri dia sebagai Cikgu Avan dan anak muridnya Popp. Cikgu Avan ditugaskan oleh raja untuk didik Dai menjadi wira. Cikgu Avan akan didik seminggu je which is tak masuk akal sebab Popp dah belajar setahun pun masih student lagi.

Tiba-tiba ada la pulak monster 1 dan 2 datang kacau mereka. Cikgu Avan suruh Popp lawan. Popp guna magik untuk jatuhkan sekor, sekor lagi Dai tolong lawan. Bila pedang pendek Dai terjatuh, Cikgu Avan pinjamkan pedang lagenda dan Dai berjaya belah dua monster 2. Cikgu Avan impressed.

Keesokan harinya, Cikgu Avan bagi Dai lesson yang hard core sampai Popp pun taknak join. Tapi Dai sanggup dan peningkatannya sangat memberangsangkan. Cikgu Avan ajar Dai guna magik (tapi kecik je magik yang berjaya Dai hasilkan) dan berjaya belah batu besar. Cikgu Avan test teknik fighting Dai, ternyata Dari punya fighting memang high level. Oleh itu Cikgu Avan tunjuk satu teknik rahsia namanya Libasan Avan. 

Dai kagum teruk dan desak diajarkan teknik tu. Cikgu Avan cakap bole2 tapi belajar satu². Nak menguasai teknik tu kene bejar dulu belah bumi pastu belah ombak pastu belah angin, pastu baru la boleh belajar Libasan Avan.

Dai berjaya belah bumi dengan mudah. Pada hari ketiga Cikgu Avan akar something yang out of world. Cikgu Avan berubah jadi naga dan suruh Dai belah dia. Kulit naga keras memang susah nak cederakan 

Lawan punya lawan punya lawan akhirnya Dai berjaya lukakan hidung naga (Cikgu Avan) tu. Cikgu Avan pun merengek² sakit. Namun begitu cikgu sangat impressed sebab Dai improve dengan sangat luar biasa.

Tiba-tiba ada orang datang pecahkan pelindung yang Cikgu Avan pasang kat pulau tu. Rupa-rupanya makhluk itu ialah Dewa Kegelapan. Nama dia Hadlar. 

Hadlar kata hah terkejut ke tengok aku? Bukan ke kau dah bunuh aku? Camana aku bole hidup balik? Dai dan Popp terkejut la rupa-rupanya cikgu ni wira unggul yang bunuh Dewa Kegelapan 10 tahun lepas. Ingatkan cikgu biasa² je. 

Hadlar dan Cikgu Avan pun berlawan tapi Cikgu Avan kalah akibat kehabisan tenaga disebabkan guna banyak tenaga masa jadi naga tadi dab Hadlar pula jauh lebih hebat dari 10 tahun lepas.

Rupa-rupanya Hadlar tu dibangkitkan oleh Raja Kegelapan bernama Vearn iaitu makluk paling kuat di planet bumi. Masa ni Cikgu Avan sedar yang mereka tak mampu kalahkan Hadlar kali ini.

Dai pun dia kan tak boleh, dia pun serang Hadlar dari belakang. Hadlar ni tepis dan lempar Dai gitu je, effortlessly. Dia suruh budak² tu pergi je kalau taknak mati. Tiba-tiba Hadlar nampak jari yang dia tepis tadi tu berdarah. Dia terus tukar fikiran dan nak bunuh budak² tu sebelum mereka membesar bagaikan juara. 

Hadlar pun attack dorang guna kuasa explosion, namun Cikgu Avan sempat jadi shield sampai habis terbakar belakang cikgu.

Ni kaklong citer detail la sikit, ini kan arc. 

Cikgu shield-kan dorang dan kalungkan rantai istimewa sebagai tanda graduasi. Cikgu cakap lepas cikgu bunuh Hadlar, awak berdua pergi bunuh Vearn. Dorang macam apa maksud cikgu ni?

Rupa-rupanya Cikgu Avan pergi letupkan diri sendiri sekali dengan Hadlar, sebab itu je kuasa cikgu yang tinggal. Budak-budak ni apalagi, meraung la.

Tak lama lepas tu, pup! Hadlar keluar dari tanah sambil ketawa kahkahkah. Body dia masih okay lagi. Walaupun injured tapi survive lagi. Dorang terkejut tengok Hadlar masih hidup tapi tak nampak pulak Cikgi Avan kat mana².

Time ni Dai mengamuk. Ntah macam mana ada aura keluar dari badan dia sampai dia dapat lepas dari magik Cikgu Avan. Dia pun attack Hadlar sampai injured. Hadlar pun attack tapi Hadlar punya attack tak berkesan pun pada Dai. Masa ni Hadlar (dan orang lain) nampak kat dahi Dia muncul logo naga. Hadlar terkejut dan melarikan diri. 

Hadlar balik ke tempat Vearn. Dia sembuhkan diri sambil mengomel sorang² pasal Dai. Dia takut kat Dai dan suspek Dai ni macam pahlawan naga ke apa ntah nama dia. Dia dia nak hapuskan Dai secepat mungkin.

Keesokan harinya Dai nak bertolak dah. Dia nak tunaikan permintaan Cikgu Avan yang suruh dia bunuh Vearn. Popp pun nak ikut sekali. 

Akhirnya mereka sampai ke hutan negara (atau negeri) Romos. Kat sini mereka terjumpa dengan sorang remaja perempuan yang hebat bernama Maam. 

Awal² perkenalan Popp dan Maam dah bergaduh dah. Maam ajak mereka singgah bermalam kat kampung sebab hari dah gelap lagipun hutan tu bahaya bila malam. Dengan sombongnya Popp cakap taknak. Mereka nak ke istana. Maam macam lantak kau la.

Tanpa sedar Dai tercicir Gomenchan dan Maam terjumpa. Nak tak nak Maam pergi cari dorang untuk pulangkan balik Gomenchan.

Masa tengah cari jalan keluar dari hutan tu, Dai dan Popp telah didatangi oleh seekor pahlawan buaya yang diarahkan untuk bunuh Dai. Baru je start lawan, Popp dah melarikan diri sebab takut sangat dengan kehebatan buaya tu. Terpaksa la Dai hadap buaya tu seorang diri.

Masa tengah lari tu Popp terserempak dengan Maam. Maam macam eh mana kawan kau? Kau tinggal dia ke? Popp macam eh manade. Dan mereka pun kembali untuk tolong Dai. Sesampainya kat situ Dai dah dilumpuhkan. Tanpa berlengah Maam guna pistol magik dia untuk dis-paralyzed (betul ke perkataan ni?) Dai. Dai pun bangkit dan kalahlan pahlawan buaya tu. Dai menang.

Rupa-rupanya Maam tu pun anak murid Cikgu Avan. Dia pakai kalung yang sama dengan dorang dan dah graduate 5 tahun lepas. Mak ayah Maam pula kira macam side kick Cikgu Avan masa dorang muda² dulu, masa Cikgu Avan jadi wira terunggul. Pistol magik milik Maam tu pun dihadiahkan oleh Cikgu Avan. 

Maam tanya khabar Cikgu Avan dan dorang tak sanggup nak bagitau yang Cikgu Avan dah mati. Tapi akhirnya Maam terdengar juga perbualan antara Dai dan ketua kampung yang Cikgu Avan dah mati dan mereka nak tunaikan tugasan terakhir cikgu.

Maam bergolak hati nak ikut sama berjuang, tapi dalam masa yang sama terikat dengan tugas dia jaga keamanan kampung. Akhirnya mak Maam suruh Maam pergi berjuang sebab mak dia paham sangat perasaan nak berjuang tu (mak dia kan sidekick Wira Avan). Maam pun berlari² pegi ikot depa memulakan pengembaraan tugasan terakhir Cikgu Avan iaitu bunuh Raja Kegelapan, Vearn.

Ya Allah panjangnya.
Kaku dah jari pegang phone. 

Esok InshaAllah kaklong sambung lagi. Pengembaraan baru bermula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day Selimut Adik

Buntu dengan Dunia Online

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer