Kenapa Ketagih Membunuh?


Malam tadi kaklong baca pasal Ted Bundy.

Pada mulanya dia bunuh perempuan yang dia rogol tu sebab nak elak dari kene tangkap.

Lepas dah sekali bunuh tu, dia rasa sedap pula. Pastu ketagih nak bunuh lagi.

Ini mengingatkan kaklong pada kisah Stuart Shorter. Dia dilahirkan sebagai oku dan kene abuse sejak kecik. Bila dah besar dia buat jenayah dan selalu masuk penjara.

Ada buku dia Stuart Shorter : A Life Backwards dan juga filem tajuk yang sama dibintangi oleh Tom Hardy dan Benedict Cumberbatch.

Ada satu chapter tu : The Day I Discover Violence. 

Kisahnya dia selalu kene kejar dgn pembuli masa pergi dan balik dari sekolah. Ayah dia selalu suruh dia pertahankan diri tapi dia takut.

Satu hari tu masa pergi sekolah dia pun mendatangi pembulinya lalu beri satu tandukan padu ke muka pembuli tersebut.

Pembuli tu terkejut lalu lari.

Time tu dia rasa sedap.
Rasa power. Rasa superior.

Sejak tu segala masalah yg dia hadapi dia akan selesaikan dengan violence, sebab itu je yang beri dia kekuatan.

Mungkin itulah yang Ted Bundy rasa. 
Rasa superior bila menamatkan riwayat seseorang. Dan dia nak lagi rasa superior tu. 

Itulah agaknya yang buat dia ketagih membunuh.

Kesimpulannya sekali je kita buat jahat, kita akan rasa nak buat lagi. 

Jadi jangan start.

Jangan start.

#NasihatkanAnakKita

Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan