Review Only Murders in the Building - Disney Hotstar


Only Murders in the Building.
(Disney Hotstar)

Kaklong baru tengok episod 8 dari 10.

Sedap juga citer ni.

Kisah 3 orang yg tak berkawan tiba² berkawan disebabkan mereka ada 1 minat yang sama. Iaitu dengar podcast jenayah.

Tiba² berlaku kematian kat apartment dorang pastu dorang excited giler la nak solve misteri tu padahal polis dah tutup kes dah pun.

Bukti menunjukkan yang di mati tu bunuh diri, tapi mereka bertiga percaya ianya pembunuhan.

Citer ni dikategorikan sebagai komedi. Tapi bagi kaklong tak banyak pun komedi. Cuma skripnya banyak humor yang selamba dan memghiburkan. 

Citer dia pun happy², enjoy² dan perjalanan kes pun smooth je. Rasa relax je tengok citer ni walaupun debor gak la bila dapat petunjuk baru.

Pelakon² dia Steve Martin dan Martin Short tu kaklong memang suka. Dorang selamba je bawa watak tu macam bukan berlakon pun. Tu yang kaklong suka pasal dorang.

Watak Martin Short tu kaklong suka sangat. Sangat optimistik. Kalau la kaklong ni optimis camtu bapak la bestnya. Tapi tu la kaklong melankolik.

Selena Gomez tu suara sedap je bila bercakap pastu muka pun cute sangat. Pakaian dia lawa dalam citer ni. Nanti kaklong kurus nak pakai macam dia la. Muka dah sama dah (halah perasan).

Citer ni bukan untuk tontonan orang yg nak tengok citer berat². Untuk orang yang nak tengok tv relax² sesuai sangat.

Takde babak sg atau sx. 
Tapi ada 1 babak perempuan tengah mandi n nampak bahagian atas dia sipi². 
Pastu dia punya skrip ada double meaning tapi budak2 tak faham. 
Satu lagi ada mencarut².

Satu lagi yang paling penting ada pasangan lesbian dalam citer ni. Walaupun takde adegan tak elok tapi mungkin akan mengelirukan kanak2 kalau dorang tengok.

Esok nak habiskan dua lagi siri.

Ada kat Disney Hotstar kalau nak tengok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^