Avatar Facebook yang Tak Sama Muka


Tukar mata avatar tu kecik sikit pastu ada eyebag. Baru nampak penat.

Spek takleh pakai sebab anak selalu attack without warning.

Pastu rambut tu kene messy² la, baru nampak macam hantu dalam hutan suami memandang hampir pengsan.

Pastu baju lengan pendek, skirt pun tak labuh supaya nampak cam bersedia uruskan rumahtangga.

High heel tu wajib pakai sentiasa, nanti senang nak capai apa² yang tinggi.

Akulah seorang ibu!

Haha. Ntah apa2 je kaklong tulis kat Facebook ni 😅.

Sebenarnya kaklong menyampah sikit kat avatar baru ni (tak la baru sangat, tapi kaklong yang baru sedar facebook dah tukar avatar).

Memang rupa dia tak macam kaklong langsung.

Puas la kaklong godek² nak bagi nampak cam kaklong, tapi tak jadi ponn.

Masalah utamanya kat bentuk muka yang tak banyak option dan paling penting sekali hidung.

Hidung bapak la sikitnya option.

Semua hidung kaklong try takde satu pun macam hidung kaklong. 

Paling menyampah takde lubang hidung pulak tu!


Ni Avatar asal.

Ni baru la nampak cam kaklong.

Nampak tu. Nampak kan hidung kemek pastu nampak lubang. Haaa ni baru la kaklong.

Menyampah betul tengok muka orang lain jadi avatar kita.

Alang² dah lain tu, kaklong lainkan dia terus.
Rambut, muka semua lain.

Ni ok lagi la.
Masa awal² kaklong mengamuk haritu lagi pelik kaklong buat.


Nampak cam minah hip hop je kan.

Tengok la tu muka orang lain.
Nyampahnya la aii..

Kaklong ada hantar komplen kat Facebook pasal avatar ni. Tapi dorang buat tak tahu je.

Kaklong pun tak paham kenapa dorang susah² upgrade jadi buruk, tak berkesan dan merepek. Padahal yang asal tu elok sangat.

Facebook ni memang taik kucin.

 

Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan