Jualan kat Shopee Slow ☹️


Dua minggu ni kaklong dapat 3 je order kat kedai shopee kaklong.

Ni memang berbeza sangat la. Selama ni dapat 3-7 order sehari. Kaklong takde ubah apa² pun.

Semalam ada masa sikit godek apa masalah.

Rupa-rupanya shopee pergi kucar kacirkan kategori produk² kaklong. 

Ada ke patut dia letak keychain dekat pakaian batik. Butang pulak kat gardening 😑.

Yang paling tak boleh blah ialah dust plug doa pergi letak kat sex toy. Apakahhh??

Sebenarnya beberapa bulan lepas shopee ada inform yang produk categories dornag ada ubah² sikit. Tapi tak sangka la teruk sangat sampai macam ni. 

Kaklong pulak tak free nak pi godek² tengok.

Dah ubah balik dah semalam.
Kita tengok dalam seminggu ni ada perubahan tak. 

Tapi kan..
Tetibe kaklong rasa la kan...
Jualan kaklong tu slow bukan sebab masalah kategori tu.
Tapi sebab kaklong tak buka option Shopee Ekspress?
Ataupun mereka tukar algoritma supaya kita bayor iklan?

Shopee dah amik 7%+sst dari jualan kaklong.
Memang kaklong tak rasa pun nak buat apa² iklan. Banyak kot 7%+sst

Dah la ramai je tak pakai kupon rm15 free shipping. Tapi tolak juga 4%+sst. Banyak tu tolak walhal buyer tak dapat manfaat pun sebab kupon pun tak banyak dah dorang bagi sekarang. 

Kaklong rasa² je la.

Naseb baek ada juga order direct dari ecommerce kaklong sendiri. Kalau tidak, masak!


Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan