Review Ted Bundy Tapes



Baru selesai tengok Ted Bundy Tapes kat Netflix.

Kaklong taknak letak muka dia kat blog kaklong. Jadi letak gambar kaset ni je la ya.

4 hari tengok siri ni, wajah dia terbayang di mana². Agak mengganggu kaklong juga la. Semoga bayangan wajah dia tu hilang dalam 2 3 hari ni .

Kisah benar tentang pembunuh + perogoll bersiri yang unik dan menawan hati pada era 70-an dulu. Kes dia ni sangat popular sampaikan dia punya perbicaraan tu disiarkan live di kaca tv.

Mangsa dia ialah perempuan muda lawa², dibunuh dengan brutal. Salah sorang mangsa pula baru berusia 12 tahun. Menitik air mata polis masa jumpa mayat kanak-kanak tu.

Ada 4 episod kesemuanya.

Pada kaklong siri ni panjang dan meleret² sikit sampai kaklong rasa boring nak habiskan. 

Tapi mungkin kene buat panjang sebab ada 30 pembunuhan dia buat. Nak cerita kronologi dan background apa semua tu amik masa juga kan nak bagi lengkap

Tapi episod 4 sedap sangat.

Episod 4 tu kisah dia kat mahkamah sampai la akhir hayat dia. Dia punya kelakuan tu sangat unpredictable dan tak pernah dibuat orang. Tau tak dia sabotaj peguam dia sendiri ketika perbicaraan, padahal itu peguambela dia.

Tapi disebabkan dia tak kompeten untuk bela diri sendiri di mahkamah dia berjaya delay hukuman mati selama beberapa tahun.

Tau tak dia berjaya larikan diri dari penjara, menyamar jadi orang lain menggunakan id dan credit card palsu kat negeri lain, akhirnya tertangkap tau tak sebab apa? Sebab kesalahan jalanraya.

Ada sekali tu dia menyelinap masuk ke asrama (atau macam rumah utk student perempuan) pastu dia bunuh 4-5 orang student yang tengah tidur dengan brutal. 

Kalau tengok muka tu takde gaya la pembunuh. Sikit punya lembut lagi paras rupanya. 

Pada hari dia dijatuhkan hukuman mati, ramai berkumpul kat luar penjara macam perayaan dorang buat.

Masa dekat² nak mati tu pandai pulak takut, risau, gundah gulana duk pegang bible dan berdoa. Masa kau bunuh orang tak pikir.

Ada kat Netflix kalau nak tengok.


Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan