Review Movie The Guilty (Netflix)


The Guilty (2021)


Stress pula aku citer ni.

Kisah sorang polis yang ditugaskan menjawab panggilan kecemasan 911.

Satu hari dia dapat panggilan dari seorang wanita yang diculik. Tapi time tu ada kebakaran besar, tak cukup anggota nak cari wanita tu. 

Dia pun try trace no tepon, alamat rumah dsb lalu dia dapat tahu dua anak wanita tu (sorang 6 tahun n sorang baby) ditinggalkan kat rumah tanpa penjaga. Mak dia dibawa pergi.

Wanita tu pula selalu curi² telefon 911 tanpa pengetahuan si penculik.

Tak keruan punya pasal dia pun sedaya upaya cari jalan untuk selamatkan wanita yang tengah diculik tu.

Citer ni cuma berkisar tentang dia depan komputer je, tapi dia punya cemas tu sampai kita pun tak senang duduk.

Pelakonnya Jake Gyllenhaal
Jake ni berlakon la citer apapun memang sedap.
Kalau citer tu tak sedap pun, ada dia terus sedap.

Kalau hidup korang tak cukup cemas, sila la tonton citer ni. Kita cemas sama² dengan dia.

Ada kat Netflix.

#ReviewMovie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^