Tonton Single Terlalu Lama

  

Kaklong gagal tengok drama Single Terlalu Lama ni sampai habis. Last sekali tengok episod yang Eman masuk ke rumah Yusoff Haslam. Pastu tak tengok dah.

Citer tu best. Skrip best. Lakonan pun best, nampak natural dan ada chemistry antara pelakon-pelakonnya.

Yang tak bestnya kisah selingan dalam citer ni. Kisah Odah dengan minyak urut dia. Kisah Eman dengan content dia. Kisah kawan² Andi.

Kisah-kisah tu mengganggu momentom tontonan kaklong.

Tengah syok2 tengok Andi dan Jasmin bersemut, tetibe muncul Odah merepek².

Tengah syok² tengok kesemutan Andi dan Jasmine, tetibe muncul Emna dengan masalah contentnya yang tak berpenghujung tu.

Masalahnya kalau kelakar tu takpe la jugak, kalau kisah² tu best takpe la jugak. Ni annoying giler kot. Try hard nak buat kelakar tapi tak kelakar pun. Apa benda ntah.

Sebenarnya kaklong nak sangat tau apa yang jadi selanjutnya dalam hubungan Andi dan Jasmine, tapi gangguan dari kisah selingan tu sangat melebih² sampai kaklong cam takleh nak tolerate dah. Nak tengok pun fed-up.

Nanti kalau rasa ok sikit jiwa ni, maybe kaklong sambung tengok balik.

Tapi macam tak je.


P/s : owh, satu lagi kisah adik Jasmin dengan tunang punk dia tu. Asyik marah-marah merungut-rungut. Aku pulka yang stress tengok kapel tu.

Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan