Mencari Rahmat : Review Filem


Mencari Rahmat

Lain macam la citer ni.
Takde apa nak komplen selain pujian je yang bole diberi.

Kisah tentang apa ek.
Kaklong pun tak reti nak citer.
Kisah tentang orang kaya².

Lakonan best especially Amirul Afendi tu berlakon macam bukan berlakon je gaya dia tu.

Kaklong paling suka skrip dia.
Skrip dia menggunakan bahasa Melayu standard tinggi. Kaklong terpesona sangat dengar dorang bercakap.

Walaupun bahasa Melayu standard tinggi, tapi para pelakonnya tak kekok langsung melontarkan skrip dengan intonasi yang tepat je bunyinya.
Very sofistikated.

Satu lagi kaklong suka camera work dia (yeke nama dia camera work. Kalau salah sori).
Banyak kali kamera dia buat 1 shot 1 babak.
Jadi cameraman tu kene ke sana ke sini shot angle yg cantik sambil² pelakon tu berlakon dari awal ke akhir tanpa cut. Sedap tengok. Cam tengok teater pulak.

Ada satu babak simple tu, babak dalam tandas.
Tapi tandas kecil tu muat pulak 3 pelakon dan sorang kameramen (atau dua, sebab sorang lagi tukang tolak kameramen kan, betul tak). Cantik shot dia time tu.

Citer dia ringan je, tapi digarap dengan indah.
Terutama gambar dan skrip dia. Indah betul.

Amaran : bukan untuk tontonan remaja dan kanak². Sebab ada maki dan babak sensual yang tak keterlaluan (tapi bila tengok Melayu buat rasa la juga kurang selesa kecuali kalau awak jenis Melayu urban).

Ada kat Mubi kalau nak tengok.
Sekarang tengah offer, rm3 sebulan selama 3 bulan. Pastu rm10 sebulan.

Link kat komen.

#MencariRahmat
#ReviewFilem


Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan