Mak Anak Dua

 



Dak Farid dah nak masuk 3 tahun tapi masih belom bercakap.

Masa dua tahun dulu dia ikot juga kaklong cakap. Sebutan hujung² macam do (tido), cucu (susu), ti (roti), wi (tv) dsb, tapi lepas tu slow² dia stop bercakap.

Sekarang nak apa² dia tunjuk je.
Ataupun amik benda tu bagi kaklong tanpa cakap apa².

Tapi dia kuat je membebel, bahasa dia.
Pot pet pot pet dia bebel.
Tapi satu pun tak faham.
Kaklong cuma ia-kan je la.

Sebenarnya ia berpunca dari kaklong juga.

Masa dia masuk 2 tahun, kaklong start pregnant.
Disebabkan alahan mengandung kaklong kurang bercakap dengan.
Masa uruskan Farid pun kaklong senyap je 
Mandikan dia senyap, basuh berak di senyap, makan senyap, pakaikan baju dia semua senyap.

Cuma cakap ni, ha, ok, jom... Gitu je la.

Itu yang kaklong sedih.
Kaklong la punca dia belom bercakap.

Adik kaklong yang anaknya 2½ tahun pun belom cakap, tapi ada la sebut mama, no no no camtum

Adik kaklong sorang lagi pun cakap anak dia masuk pra baru bercakap. Dia suruh kaklong jangan bimbang.

Betul jugak tu.
Mungkin kaklong yang terlebih² bimbang.

Sekarang kaklong dah sebulan bersalin.

Mood kaklong dah kembali normal.
Kaklong dah rajin nk melayan Farid.

Cuma dalam masa yang sama kaklong rajin jugak melayan mengait.
Bila dah start mengait tu, kaklong dah tak peduli sangat Farid.
Dan kaklong ni selalu je pastikan progress mengait kaklong ikot jadual.

Tadi kaklong stop.
Kaklong kene betulkan semula jadual hidup kaklong ni.

Kaklong ada sorang baby yang baru berusia sebulan dn breastfeeding.
Dan sorang toddler berusia tiga tahun yag masih belom bercakap.

Inilah dia tugas utama kaklong.
Mengait bukan tugas utama kaklong. Ia cuma hobi. Hobi kita buat masa lapang. Bukan meninggalkan tugasan utama hanya untuk berhobi.

So kaklong plan untuk luangkan masa dua jam sehari je mengait.

Mengait masa anak tido.

Atau masa papa spend time ngan anak.

Diharap dengan cara ni kaklong dapat spend time dengan Farid untuk bantu di bercakap.

Dan kaklong dapat juga lepaskan gian mengait walaupun sekejap.

Kaklong dah uninstall fb.
Fb tu pun macam tiktok juga.
Asyik skrol je sampai tak sedar masa.

Walaupun kaklong ada join grup breastfeeding, baby food dan homeschooling; tapi kaklong bole buka kat browser masa tengah lapang hanya untuk tengok grup tu, bukan untuk skrol skrol.

Semoga perancangan ini berjalan lancar.

Aaminn


Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan