Beli Barang Baby Sikit

Barang baby semua dah ada.
Pakai yang Dak Farid punya dulu je.
Nanti dah besar sikit baru beli baju baru.

Bajet² macam tu la.
Pastu pikir balik.

Kita nak sambut ahli baru dalam keluarga, takkan takde apa² hadiah untuk dia.

Dak Farid dulu macam² beli.
Tapi yang kedua ni takkan takde kan...

So kami pun pergi la kedai, beli barang sikit.


Tadaaaa!

Ya, baby girl in shaa Allah.

Beli baju newborn 2 pasang.
Bedung 4 helai.
Tuala 2 helai.
Sapu tangan. 
Lampin.
Sabun Anakku.
Dan set mandian.

Set mandian tu tak perlu pun sebenarnya.
Tapi cik abang berkenan tengok, dia pun amik.

Ni semua cik abang beli sorang².
Kaklong duduk dalam kete je, jaga Farid.
Lagipun takleh keluar time pkp ni.
Duduk dalam kete je la.

Pastu cik abang ushar gak baby car seat.
Dia cam nak beli je.

Car seat tu tak pe dulu, tak urgent pun.
Tapi dia macam minat sangat.
Kalau minat beli je la bang...

Pasni nak prepare barang untuk ke wad bersalin.
Macam blur je nak prepare apa..


Ulasan

Popular Posts

Format Akaun Perniagaan Mudah untuk Bisnes Kecil

Pengalaman Buka Akaun Semasa CIMB Tanpa Introducer

5 Tips Murah Rezeki

Review Movie : Train to Busan

Resepi Mee Tarik Goreng Simple Giler

Kawan-kawan