Mencari Kurus

Misi mencari kurus ni memang dah lama dah saya start. Dalam 10 tahun jugak la. Tapi macam tu la saya. Kejap naik pastu naik pastu naik tapi turunnya jarang.

Sebelum ni kan, berat paling berat saya hadap ialah 78kg pada 2017. Pastu mengandung, kene kencing manis pulak. Saya pun control la makan.

Lepas lahirkan anak, berat jadi 66kg. Bapak gembira masa tu. Dipendekkan cerita berat slow² naik.

Pada 2020 mengandung pula masa berat 72kg. Takde kencing manis, so takde la control makan.

Dipendekkan cerita lagi pda tahun ni 2023, berat saya nak melebihi berat paling berat pada 2017 itu, yakni jadi 82kg. Giler berat.

Baju memang semua sendat.

Saya gali balik baju zaman 78kg dulu, mujur muat. Ada 3 helai je. Pastu beli pula 3 baju lagi untuk keluar jalan.

Saya ni tak suka beli baju sebab takde saiz. Pusing berjam² cari saiz. Last² dapat baju yang tak kene selera tapi ngam ngan badan, jadi ambik je la. Kalau tak ambik kene pi cari lagi baju.

Malas...

Saya tak suka shopping kalau korang nak tahu.

Tahun ni saya cuba turunkan berat badan dengan moderate diet dan minum jus kurus terung yang lalu lalang kat facebook. Katanya tak payah diet bole turun sampai 5kg la, 7kg la.

Saya minum dua botol, tak turun sikit pun. Hahaha.. Kena tipu gitu je. Dah la mahal. Macam mana ya dorang makan duit hasil penipuan tu? Tak boleh nak bayang.

Start bulan lepas saya mula diet moderately dan berjalan 2km sehari. Tiap-tiap petang saya berjalan. Kalau tak sempat petang, saya berjalan atas treadmill bila anak-anak dah tidur.

Minggu lepas saya ubah lagi diet. Pagi makan oats. Tengahari makan suku suku separuh, petang makan je apa-apa (biasanya keropok, goreng pisang atau popiah kukus) dan malam malan nasi goreng. Semuanya portion kecik.

Tapi portion kecik ni tak best sebab cepat lapar. Bila lapar patutnya makan buah, tapi saya makan biskut dan kadang kala cicah Vico.

Air bergula dah banyak kurang tapi minum je setiap hari cuma kurang manis atau tawar je. Pengalaman misi kurus yang lepas-lepas, stop air manis buat saya craving dan menderita dah akhirnya saya akan berhenti diet.

Jadi kali ni taknak stop gula. Nak kurangkan beransur-ansur sampai la badam dapat terima hakikat kehidupan.

Setakat ni saya check berat badan dah kurang 2kg, jadi 80kg. Tapi kadang tu naik, pastu turun balik.


Ini ialah antara hasil misi kurus saya. Tengok la tu, asyik naik je. Sedih tau.

Melalui pengamatan saya berat naik bila saya minum manis kat kedai. Dah minta kurang manis, tapi selamba je dorang tak dengar cakap. Manis nak mampos dorang bagi. Saya minum separuh je la.

Nak tak minum kat kedai langsung macam tak realistik pulak. Kita berkeluarga kadang keluar jalan-jalan, singgah minum, dating ngan suami. Nak tukar lifestyle tu tak berapa syok la sebab itu aktiviti kami di masa lapang untuk bonding-bonding.

Saya taknak terlalu rigid sebab memang tak akan happy, tak akan bahagia jiwa. Pengalaman 10 tahun berdiet telah membuktikannya.

Sekarang berjalan 2km tu kacang je. Nak start jalan 2.5km pulak lepas ni. Tapi taknak paksa diri. Sebab kalau stress saya akan craving manis-manis. Haaa tak bole. 

Jadi jangan stress, jangan stress. Kita relax-relax aje ok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^