Ketagih dengan SMULE

Salam..

Giler lama tak update blog..
Blowalking pun tak juga..

Ni semua gara-garam SMULE
Smule ni dah lama wujud, tapi cam biasa la Kaklong ni slow sikit..
Haha..

Baru-baru ni (dalam seminggu dua yang lepas) perkara buruk telah menimpa bisnes kecik Kaklong dan rasa nak give-up terus berniaga.. Sebab mengalami kerugian gara-gara supplier gampang.
Tapi abang pujuk suruh teruskan juga, alasannya kerana dia seronok pos barang setiap hari..
Ape la.. Pos barang pun seronok ke.. -__-"

Dalam kemurungan tu la Kaklong ingat nak download game kat playstore.
Pastu ternampak app smule, teringat pula kawan facebook yang upload video dia nyanyi2..
Kaklong pun download je la. Saje je nak mengubat hati luka..

Tapi lain pula jadinya..
Kaklong jadi terlampau seronok sampai ketagih la pulak..
Disebabkan penat nak kene tengok 7 video baru dapat nyanyi satu lagu, Kaklong amik keputusan untuk subscribe selama sebulan. Harganya RM3.50 atau pun RM28 setahun.
Mula-mula gelepor nak setahun, pastu pikir balik, mungkin ketagihan ni tak berpanjangan, better guna sebulan je..

Ada juga terbaca orang subscribe sebulan, tapi sampai-sampai bil kene tolak RM30++.
Dia guna phone Apple. Yang Android ni tak sure.. Nanti sampai bil baru tau ada charge lain ke tak..

meh ler follow
Selepas subscribe dapat jadi ahli VIP dan akses ke semua lagu.
Mula-mula bayar guna debit card tapi tak jalan.
Kawan fesbuk cakap kene call bank minta dorang tukar setting..
Ada juga yang bayar guna topup. Kalo tak silap bole guna celcom dan maxis..
Disebabkan Kaklong pakai umobile, tak dapat bayar guna topup. Sob sob..
Guna kad kredit abang je...
Naseb baek ada abang.. Kalo masuk bil RM30+ pun, dia bayar je la demi isteri tercinta.. Gitew..

Kalo takde app smule ni, korang bole juga gi kat website dia SMULE.COM
Tak sure la dapat ke tak berkarok kat situ..
Tapi bole la dengar suara kawan-kawan yang sedap giler tu..
Selepas dengar suara-suara mereka pasti korang confident nak nyanyi.
Hahaha...

Masa seronok nyanyi sorang-sorang tu kan, baru la tau bole duet dengan siapa-siapa pun yang kita jumpa. Dalam keseronokan memburu pasangan duet, Kaklong terjumpa sorang ni suara dia best sangat. Terus follow dan duet semua lagu dia yang Kaklong tau je la..
Tak lama tu dia respond dan cakap suara Kaklong best. Hahaha.. Kembang do kene puji..
PAdahal semua orang pun dia puji, sekadar bersopan..
Tapi hepi la kene puji, walaupun tau takde la betul sangat cakap dia tu. Hahaha..

Kemudian dia minta Kaklong pegi kat akaun NadaSwara dan pegi nyanyi lagu2 yang disediakan..
Motif?
Ntah.. Hahaha...
Jangan-jangan dia halau Kaklong kot..

Sekadar untuk bersopan juga, Kaklong ushar lagu-lagu NadaSwara tu, nak nyanyi satu tapi semua lagu nada tinggi...
Ada lagu lagu Indonesia yang Kaklong tak tau nyanyi..
Abaikan je la...

Keesokan harinya, NadaSwara tu pm dan minta Kaklong nyanyi satu lagu dia..
Aik, konspirasi apakah ini..
Last2 nyanyi je la lagu Ziana Zain sebab satu tu je tau..
Tapi tak sedap giler.. Hahahha...
Sekadar memenuhi pelawaan dia je..

Petang tu, dia pm lagi dan ajak Kaklong masuk group..
Group ni dorang buka untuk support ahli-ahli group.
Jadi kita saling berduet, like dan share hasil nyanyian masing-masing..
Seronok la sikit, takde la rasa keseorangan sangat..

Kaklong pun join je..
Lepas join dorang bawa masuk ke group chat; dan baru tau semua ahli group tu Indonesian..
Ada juga beberapa orang yang fasih bahasa Melayu..
Pening juga baca dorang punya chat, nak join bersembang pun tak reti.. Haha..
Baca je la..
Sekali sekala je bagi salam dan tanya khabar, pastu jadi silent reader..
Sebab tak faham dorang borak pasal apa..

Tapi seronok, dorang baik-baik dan banyak ajar Kaklong bahasa Indonesia..
Ada juga kene tipu, tapi datang yang lain betulkan penipuan tu..
Gelak guling2 ngn dorang ni.. COmel sangat..

Puas juga cari orang Malaysia kat SMULE tapi tak ramai la..
Mungkin belom jumpa lagi..

Setakat entry ni ditulis Kaklong dah nyanyi 83 buah lagu..
Sambil-sambil buat keje, dengar lagu suara sendiri.. Hahaha..

Korang ada smule tak?
Kalo ada letak id kat komen ek. Kaklong nak follow.

Tak pon, follow je Kaklong, nanti Kaklong follow balik.
id smule Kaklong : NS_Kaklongchan

Bye

10 ulasan:

  1. pernah download smule lepas tu banyak pulak songeh dia. nak kena ada earphne lah wifi lah

    ohh kena bayo ke? baru tau. hehehhe

    selamat ber-smule :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAha.. Tu la banyak songeh :D
      Bole free, tapi nak senang bayo RM3.50 sebulan.. ^_^

      Padam
  2. alaaa suara kaklong mesti sedap, suara saya ni asyik kena kutuk dengan org je, sedih betul, rasa nk bubar je akaun smule tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Tak sedap pun..
      CUma cari la orang yang suara lagi tak sedap, baru konfiden nak nyanyi.
      Kikiki.. :D

      Padam
  3. Balasan
    1. FRee pun bole, cuma kene tgk iklan la dalam 7 iklan utk 1 lagu gitew..
      Kaklong bayar je RM3.50, dapat nyanyi unlimited gitew..
      Maklumla mabuk nyanyi. Hahaa

      Padam
  4. haha kaklong mcm mak saya lah.. suka ber-smule

    BalasPadam
  5. Bestla kaklong suara sedap. mai buat smule suka2 sebab nk lepas tension, tu pun sorok2. lepastu jumpa kat sorang siblings cerita dia kena keji laaa, suara tak sedap langsung..HAHAHAHA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Sedap sebab filter je tu.
      Adik2 pun keji gak suara Kaklong. BUat dono je. Hepi2 :D

      Padam

Komen la sikit ^^