Semua orang cakap tentang Kylie Liquid Lipstick dan ramai orang jual.
Kaklong takde la minat sangat lipstik.
Dari dulu sampai sekarang Kaklong pakai warna yang sama je.
NAmun bila hari-hari dorang duk upload, buat Kaklong tertarik pulak nak try.
Kemuncaknya ialah bila nampak orang pakai kaler Posie K.
Cantek la warna tu..
Kaklong pun order; bukan yang ori la.. Yang fake..
Tapi taknak nampak macam tipu sangat, gelaran fake tu dah ditukar kepada "inspired"
BAru la tak nampak macam lanun sangat.
Huhuhu...
Yg ori takde la mahal. Dalam USD15 je sebiji..
Lepas convert harganya lebih kurang RM63 sahaja.
Murah kan...
Lepas buat pembayaran, baru tau warna Posie K dah abes.
Ada yang set sahaja. Set tu disertakan sekali dengan lip liner..
Kaklong tak pakai lip liner, rasa takde keperluan pula nak beli yang set.
Jadi tukar la..
Next time bila restock, order je sekali lagi.
Pilih punya pilih akhirnya kaler Koko K jadi pilihan..
Kerana dia nampak macam Posie K juga, cuma lembut sikit (ala-ala nude)
Satu lagi Kaklong minat yang Candy K tu, shade dia coklat lembut (ala-ala nude juga)
Itu la yang Kaklong faham melalui warna kat gambar.
Seminggu kemudian sampai pun...
Tapi warna ni macam terlalu pink la...
Bukan seperti yang Kaklong bayangkan..
Ni gambar-gambar yang Kaklong dok perhati sebelom order.
Cer tengok warna Koko K tu.. Macam ada tak ada je warna dia kan...
Nampak tak warnanya yang lembut ala-ala segan nak memunculkan warna..
Macam nude je...
Tapi bila pakai..
Apakah ini.....?
Tidak.. tidak..
Terlalu pink ni. Pink bandung ni. Hahahaha...
Nampak macam Ganguro Girl la pulak...
Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Urm..
Bila tengok balik, lawa juga warna ni.. Untuk orang yang berani la..
Kurang sesuai utk Kaklong yang suka warna natural..
Naseb baek murah je..
Kalo beli yang ori, tetibe dapat kaler gini; tak nanges aku..?
Yang best dia seolah-olah permanent..
Long lasting duk kat bibir, tak perlu touch-up berkali-kali..
Yang tak best dia melekat..
Bila kita satukan bibir atas dan bawah, bibir kita melekat macam pakai gam...
Haha...Pelik ni..
First time jumpa yang melekat camni.
Rasanya dah tak berminat dah nak order Posie K dan Candy K..
Lesson learned..
RAsa tak puas hati pula. Nak cari lipstik lagi ni..
Ralat pula tak dapat yang kita nak kan..
Ada ke yang nak belanja Kaklong?
Bye
amboi...pinknye bibiaq
BalasPadamHahaha.. Tau takpe..
Padamnak berani nak pakai kat luaq.. XD
uihh.. jauh benor warna dia lari dgn gmbr..
BalasPadamKan... Tu yang geram tu :<
Padamkemain lagi pink gitew
BalasPadamHaha.. Buruk kan.. :D
Padam