Ini cuma pengalaman peribadi kaklong je.
Pengalaman korang maybe tak sama dengan kaklong; sebab keserasian kita terhadap produk pun berbeza-beza.
Masa kecik-kecik dulu kaklong tak ingat kaklong pakai syampoo apa.
Pakai je apa-apa yang ibu belikan.
Bila masuk sekolah menengah kaklong mula pakai syampoo pilihan sendiri iaitu Pantene.
Giler lama Kaklong pakai Pantene ni.
Tapi rambut kaklong banyak gugur tiap kali syampoo.
Kaklong baca dalam majalah kata rambut gugur masa syampoo tu normal so normal la kan.
Bila dah habis universiti dan masuk alam bekerja dalam usia 24-25 tahun gitu Kaklong bertukar kepada Dove.
Dove ni bau dia kuat sangat.
Dan sama la juga rambut gugur banyak masa syampoo.
Normal la kan...
Lepas kahwin masa umur 29 kaklong bertukar pula kepada Rejoice.
Rejoice ni bau syampoo dia best. Bau conditioner pun best.
Dan paling best tak banyak pun rambut Kaklong gugur.
Boleh dikatakan separuh dari masa pakai Pantene dan Dove.
Memang ketara la, sikit je gugur.
Rambut pun lembut dan wangi yang sedap je bau dia.
Bukan bau wangi yang kuat menyekit macam Pantene dan Dove.
Lepas dapat anak kedua ni, masa umur Kaklong 37 gitu Kaklong saja-saja je la tukar kepada Elseve.
Dan Elseve ni kan memang best.
Bau dia dah la sedap, rambut pun rasa lembut dan sihat.
Dan rambut gugur masa syampoo pula? Sangat sikit.
Sikit je rambut gugur masa syampoo.
Cuma bau conditioner dia sangat tak sedap atau lebih tepat lagi : busuk.
Conditioner dia busuk, Kaklong tak tahan.
Tapi rambut kaklong sedap je bila pakai conditioner dia jadi Kaklong tahan je la busuk tu.
Kaklong ada fikir kurangnya rambut gugur ketika bersyampoo ni mungkin berpunca dari faktor usia.
Dah makin berusia, maybe la rambut kurang gugur kot.
Agak-agak kaklong la.
Tapi....
Kaklong ada balik kampung haritu dan pakai syampoo Pantene adik Kaklong.
Dan tahu tak apa?
Banyak rambut gugur!
Terimbau balik zaman sekolah dulu, macam ni punya banyak la rambut gugur.
Jadi kaklong rasa Kaklong tak serasi la kot dengan bahan yang terkandung dalam syampoo Pantene tu.
Tapi Elseve Kaklong sangat serasi dan Kaklong suka sangat.
Tapi tu la conditioner dia tu apesal ntah busuk sangat.
Korang pula serasi dengan syampoo apa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^