Kaklong tak lari pun, cuma jalan kat rumah atas treadmill sejam sehari. Rekod perjalanan guna jam oppo band 2. Pastu submit kat dia setiap Ahad.
Alhamdulillah dalam 4 minggu dah complete.
Sebenarnya kaklong plan complete pada 6hb Julai, tapi kaklong demam, pastu anak pulak demam. Ada beberapa hari tak dapat berjalan.
Sepanjang 4 minggu berjalan ni kan, kaklong dapati berat badan kaklong takde penurunan pun.
Tapi selera makan bertambah dan selalu je nak minum minuman bergula.
Bila kaklong minum air panas mati macam biasa, rasa tak hilang dahaga, nak minum lagi. Tapi kalau minum banyak nanti perut rasa bloated pula.
Jadi kaklong bancuh sirap je tiap kali rasa dahaga yang macam tu.
Kerap makan tu mungkin la punca berat badan statik walaupun kaklong rasa kurus sikit dan ringan.
Bila sesekali naik atas penimbang dan nampak nombor yang sama je tak berubah-ubah ada la juga rasa frust tu. Giler penat kot hari² jalan, takkan takde turun pun sikit?
Apapun kaklong kene terus fokus dan konsisten. Kaklong berjalan ni sebab nak sihat. Kalau dapat kurus tu kira bonus. Lagipun memang rasa sihat dan bertenaga.
Kaklong dah submit dah semua rekod tu. Tak sabar nak tunggu medal sampai. Itu kiranya my 1st medal selama hidup. Huhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^