Shopee sudah Tidak Relevan lagi

Photo by Elīna Arāja

Shopee dah tak relevan dah.
Kupon free shipping tu nama je free shipping padahal diskaun Rm3 je. 
Kene bayar lagi rm1.90.
Ntah apa-apa ntah Shopee menipu macam tu.

Dah la kupon free shipping sekeping je sebulan. Nal lebih kene rebut pada masa-masa tertentu. 
Dah penat tunggu pada masa tertentu tu, nak checkout tengok dah tak bole pakai sebab dah habis kene claim.

Pastu sekarang bole guna satu kupon je.
Sama ada kupon free shipping atau kupon cashback. 
Sebelum ni bole guna dua-dua sekali checkout.

Mungkin korang rasa 'ala, tu takpe la, dapat juga jimat walaupun sikit."

Mungkin kot bagi buyer, tapi bagi seller sakit la.

Kupon tu pakai tak pakai tetap kene tolak komisen kalau seller dah join free shipping atau cashback atau kedua-duanya sekali. 
Yang dapat prefered seller lagi banyak kene tolak. Yang dapat prefered seller plus lagi la banyak kene tolak.

Kesian pulak.

Kaklong sendiri pun kene tolak dalam 8%. 
Tapi setiap kali order masuk shopee tolak lebih dari 10%.
Rupa-rupanya sst tu dia tak amik sekali total tapi dia amik setiap bahagian, pastu rounding pulak. Maka jadi la lebih dari 10%>

Lagipun jualan kat shopee dah makin berkurangan sebab orang masuk kedai pun sikit.
Nak ramai kene la bayar untuk iklankan produk, iklankan kedai, supaya masuk atas² setiap kali orang search.

Camtu la.

Sebenarnya kaklong bukan nak cakap sebagai seller. Sebagai seller memang dah lama dah susah kat survive kat shopee.

Kaklong nak cakap sebagai buyer.
Kaklong tiap minggu pun beli barang kat shopee. Tapi sekarang dah makin menyampah pula dengan sistem shopee.

Sebelum ni masa nak checkout okay je topup shopeepay secukup harga total, tapi sekarang dah tak bole. 
Sistem shopee ni totalkan sekali kos pos walaupun kita pakai kupon free shipping. Lepas dah topup termasuk harga shopping baru la dia bagi checkout harga free shipping (yang takde la free pun).
Maka ada la pulak balance dalam shopeepay tu.

Balance tu bukan apa.
Shopee mmg nak pun kita simpan balance dalam tu.
Selain dari nak kita datang beli lagi sbb sayang balance beberapa ringgit tu, shopee juga nak duit tu tersimpan dalam akaun mereka.

Bayangkan la setiap buyer ada rm1 dalam shopeepay, ada berapa orang buyer kat shopee? Ada sejuta orang, dua juta orang?
Kalau dua juta (tapi tak mungkin dua juta, shopee bukan kat Malaysia je) maka ada RM2,000,000 dalam akaun shopee walaupun takde orang beli apa-apa pun lagi shopee dah dapat pun duit for nothing.

Haaa camtu la.
Tu yang shopee nak juga kita punya RM5 tu.
Kita rasa ala RM5 je, tapi ada 35 juta org yg ada RM5 dalam tu. 

K la itu je nak marah.
Sebenarnya ada banyak lagi sistem dia yang berubah tapi kaklong malas dah nak taip.

Sekarang kaklong dah pindah bershopping kat tiktok.

Catat Ulasan

0 Ulasan