Kaklong tau orang narsistik ni mmg mengganggu hidup orang lain.
Tapi dua perangai ni memang lain macam sikit la (bagi kaklong).
Lepas tau ni rasa nak nanges pun ada.
1. Si narsistik (berkemungkinan) suka sorokkan barang pasangan dia. Contohnya phone, kunci kereta, purse dan apa² la yg penting. Bila pasangan dia minta tolong cari, sis narsistik ni tolong cari sambil marah² /bebel² kutuk "kekurangan" pasangan dia yg "lupa letak kat mana". Pastu si narsistik ni buat² jumpa barang tu dan tambah² lagi merendah²kan pasangan dia tu sambil puji diri "kalau saya takde apa nak jadi ngan awak ni" " sape la yg tahan ngn perangai awak ni" " kalau saya takde awak nak jadi apa" etc.
Ya Allah.
Aku tak tahu la camana kalau dapat pasangan macam ni.
2. Si narsistik ni cemburu dengan anak sendiri. (Taip ni pun menggigil rasa). Dia cemburu sebab anak dia dapat mak/ayah yang bagus (iaitu diri dia sendiri). Pening kan. Jap kaklong nak taip ni pun pening.
Dia cemburu sebab anak dia dapat mak/ayah yang bagi makanan bagus², pakaian bagus², permainan bagus², education bagus², lifestyle bagus² etc. Dia cemburu sebab anak dia dapat kehidupan yang bagus, padahal dia sendiri yg bagi kehidupan yg bagus tu. Pelik kan. Jangan tanya kaklong la, kaklong pun tak faham fikiran macam ni.
Anak si narsistik ni kene pandai up to si narsistik ni punya expectation; tapi tak bole lebih pandai pada si narsistik ni. Kalau anak dia lebih pandai dari dia, dia tak suka, dia cemburu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^