Kaklong terbaca something yang menarik berkaitan motherhood.
Ada sorang perempuan ni dia dah 'bosan' dengan hidup dia sebagai mak. Dia dah jemu layan anak². Dia tak enjoy pun kehidupan dia sebagai mak. Dia stress. Dia nak freedom.
Dalam masa yang sama dia rasa bersalah kerana berperasaan begitu. Sepatutnya dia kene la hepi jadi mak. Kene la ceria dgn anak² kecik dia. Kena la seronok bermain ngan anak. Kene la rasa bahagia dpt anak.
Tapi dia tak rasa pun macam tu.
Dan psikiatris bagitau dia camni lebih kurang :
"Kita tak semestinya akan jadi ibu bapa yang bagus dalam semua peringkat umur anak.
Ada yang bagus masa anak baby, tapi bila anak dah remaja kita jadi mak yg tak bagus.
Ada yg tak pandai handle masa anak tu kecik, tapi bila anak tu remaja kita jadi mak yang best, sporting."
Kaklong rasa make sense juga la benda ni.
Kaklong baca banyak komen yang kata masa kecik dulu kene pukul la, kene cubit sampai lebam, kene jerit macam petir, kene pukul dengan selipar, getah paip, kene tarik telinga dsb, tapi dorang okay je bercerita seolah² pengalaman tu tak traumatizing pun.
Mungkin sebab bila masuk ke fasa remaja mak mereka dah jadi kawan, bole diajak bercerita, diajak bergurau, diajak main tiktok dsb. Jadi kenangan buruk dan kenangan manis si anak tu seimbang.
Kaklong ada terbaca juga yang kalau kita dah buat silap pada anak, dah takde apa kita bole buat pada memori tu, ia akan kekal sebagai memori buruk. Tapi apa kita bole buat ialah cipta memori baru yang indah, supaya memori indah ni dapat menampal memori buruk si anak tu.
Masih belom terlambat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^