Genre Buku Kegemaran Saya

Dah lama sangat ni tak baca buku.

Lepas kahwin dah tak baca buku. Kaklong banyak baca artikel kat internet dan facebook.

Apapun genre kegemaran kaklong dari ialah :

FICTION

Tak kisah la pasal apa² pun asalkan bukan pasal cinta. 

Buku pasal cinta ni biasanya tebal pastu membebel ntah hapa2 je.

Penulis kegemaran kaklong ialah Ahadiat Akashah. Buku dia semua best². Memang ada unsur cinta tapi bukan keutamaan. Banyak plot dia yang bukan bersandar pada cinta semata². Syok baca.



Buku favourite kaklong ialah "Untuk Semua Gadis yang Pernah Kucintai".

Dan ada satu lagi buku tajuknya "Putik".
Buku ni trauma juga la baca.

Namun begitu,bukan buku fiksyen yang paling banyak kaklong baca.

Paling banyak kaklong baca buku sains dan psikologi. Pastu business and financial.

Kaklong baca buku2 tu demi ilmu pengetahuan je. Ikotkan suka tu, tak suka pun. Baca dan simpan dalam otak.

Tapi buku fiksyen kaklong taruk bawah bantal sampai lunyai buku tu. Punya la suka.

Korang pula suka buku apa?


Catat Ulasan

0 Ulasan