Satu Post sahaja Muncul kat Homepage Blog

Hai..

BAru haritu tukar template kan..
Tetibe tukar lagi?

Ada cerita disebaliknya.. CIter sadis juga la...

Kisahnya Kaklong saja test speed blog ni nak tau laju ke tak, selama pakai rasa cam laju je..
Sekali test..

Amek kau!

Mobile 54; desktop pun lebih kurang juga 59..
Kaklong memang tak berapa faham sangat, tapi obvious warna merah tu macam kritikal sangat je.. T___T

Pastu Kaklong pun godek2 buang sikit widget2 yang rasa macam tak perlu..
Tapi memang dah sikit sangat pun widget ni..

Pastu tau tak apa jadi?

Setiap kali Kaklong buka diariasma.blogspot.com, dia open cam biasa, pastu 2 3 saat kemudian dia automatik redirect ke website template designer..

Apehal pulak ni?

Setahu Kaklong, kalo kita buang credit kat bawah tu baru dia redirect, tapi Kaklong tak sentuh pun coding..
Cuma godek kat layout dan restore balik je...

Disebabkan takot bouce rate meningkat, cepat-cepat Kaklong tukar semula ke basic template dan cari responsive template lain..

Tapi tu la, nak cari yang sesuai ngn jiwa tu macam susah je..

Bila dah jumpa yang okay, dengan tekunnya siapkan semua coding.. Lepas siap2 lap peluh, dan nak tutup laptop, sempat je publish satu post pasal harga poslaju yang dah naik.

Sebelom tutup lappy tu refresh la kejap nak tengok..
Tetibe...

Masalah lain pula dah..

Kat homepage tu cuma ada 1 post je..
Kaklong set utk view 12 post... Mana pegi 11 lagi?

Puas Kaklong godek2 (tapi tak berani la main coding, takot jadi makin teruk pulak) tapi tak dapat juga..
Pastu godek kat google la pulak jawabnya..
Tapi tak jumpa2 solution yang sesuai..

Penat sangat berjam2 duk depan lappy..
Tapi kalo stop, tak puas hati pula buat keje separuh jalan..

Masa nak give-up tu tetibe terbaca satu forum omputih..
Sikit je dia tulis tau.. Dia cakap macam ni lebih kurang;

"biasanya jadi gitu sebab silap cara tulis post", time ni Kaklong abai je, kepala pun dah penat nak pikir, tapi reply dia buat Kaklong tersentak.

"ye la, masa saya copy paste dari word ke blog pun jadi macam ni"

Ting! *keluar mentol kat kepala*

Ingat tak post pasal poslaju tadi tu? Dalam tu ada jadual harga poslaju yang baru.
Jadual tu Kaklong taip kat MS Word dan paste je kat blogpost. Pastu publish!

Sepantas kilat Kaklong buang jadual tu dan insert pic jadual yang sama tapi kali ni dah save dalam Paint.

Publish!

Dan tau apa jadi..?
Semua 12 post secara magicnya muncul kat homepage..
Thank God...

Akhirnya kisah tragis itu berakhir dengan senyuman puas.

Moral of the story : Jangan copy paste ke blogpost.. Tulis direct kat compose dan gunakan button insert untuk taruk gambar ke video ke apa ke.. 

Lesson learned.. T__t

Apapun, blog speed masih 50+ aka kritikal aka slow loading..
Dia ada tulis apa yang perlu fix tapi Kaklong tak reti..
Baca tutorial kat tenet pun tak faham... haha..

Kalo bole taknak la blog lambat loading, kesian orang yang intenet slow.
Rasa macam nak revert balik ke basic template blogger.
Tengok la camana nanti..

Bye.


4 ulasan:

  1. Ahaa... begitu rupanya cerita dia...

    BalasPadam
  2. hihi .stakat nie sy loading okay je sbb tenet library laju ..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay ek.. Tu la ramai respond okay..
      Pelik pula tengok result tu..

      Padam

Komen la sikit ^^