Kacang Soya TIDAK BAIK untuk Kesihatan?

Hai.

Kaklong terbaca satu artikel mengenai kacang soya tak baik untuk kesihatan.


Sebenarnya dah beberapa kali terbaca mengenainya.

First time dapat tau yang kacang soya / air soya ni tak baik untuk kita, apabila terbaca satu artikel mengenai lelaki yang minum air soya akan cenderung untuk bersifat seperti perempuan. Tak tau la secara fizikal atau emosi atau sebagainya. Tapi bila diteliti, dewasa kini makin ramai lelaki tulen yang lembut, rasa macam ada logik juga. Terutama bila kawan-kawan lelaki lembut Kaklong suka sangat minum air soya, hari-hari pula tu.

Sejak tu Kaklong avoid beli soya untuk famili. Bukan kerana percaya sangat, tapi risau juga la..
Kalo adik lelaki minta beli soya, Kaklong akan offer air yang mahal sikit (walaupun masih tak elok untuk kesihatan) seperti milo kotak besar, rutbir, atau apa2 je la yang dorang nak..
Tak explain pun kenapa tak bagi minum soya, cuma cakap, "soya? takyah la, beli la air sedap sikit macam ni ke (tunjuk mana2 air yang nampak sedap). Kalo explain pun susah nak percaya, lagi pula takde pun bukti saintifik untuk ditunjukkan.

Kali kedua ialah bila baca artikel yang menyatakan kacang soya di pasaran kini ialah hasil GMO (genetically modified organisms).
Memang banyak makanan gmo di sekeliling kita, tapi selagi bole elak / dikurangkan kita kurangkan la sebaik mungkin.

The latest ialah Kaklong baca artikel dari Dr Josh Axe bertajuk Is Soy Bad For You, yang beri sedikit perincian kenapa kacang soya ni bad for us..

Kalo taknak baca, bole tengok video dari Dr. Axe ni

Intipati artikel dan video ni ialah:

  • 95% produk dari kacang soya adalah tak baik untuk kesihatan
  • kacang soya yang bagus ialah jenis tulen yang ditemui kat Jepun pada zaman dahulu kala.
  • kacang soya yang ada kat pasaran kini ialah GMO. Ia tak elok untuk perut kita kerana ia membunuh bakteria baik dalam perut yang akan mengganggu keseluruhan sistem penghadaman
  • soya mengandungi phyto-estrogen iaitu substance yang menyerupai estrogen (hormon perempuan) yang membuatkan lelaki akan menjadi lebih feminin, manakala wanita berisiko mengidap kanser payudara dan ketidaksabilan hormon.
  • Namun ada 5% lagi produk soya yang baik untuk kesihatan
  • Iaitu soya organik yang fermented (fermented tu apa ek.. penapaian kot) seperti tempe dan yogurt kerana ia mengandungi probiotik yang baik untuk penghadaman
Pastu terbaca juga komen yang menyangkal fakta ni, namun tak disertakan rujukan..
Kaklong godek lagi dan jumpa beberapa artikel lagi yang panjang lebar tentang kacang soya ni.
Dah saved tapi belom teliti lagi.. 

Kalo betul la, payah juga nak tinggalkan soya ni sebab dah jadi sumber protein alternatif kita selain ikan, ayam dan daging kan..

Ada penambahan info? Link kan kat komen ya, Kaklong nak baca..

Bye

4 ulasan:

  1. tukar je pd susu kambing.. heheh. sunah...

    BalasPadam
  2. Kacang soya ni tak elok utk orang yg ada cyst kat payudara sebab dia menggalakkan lagi penumbuhan cyst-cyst tuh. Doktor lah bagitahu lepas saya operate hari tuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, takutnya...
      Kene tinggal terus ni..
      Terima kasih Gee Lion, sudi berkongsi.. (y)

      Padam

Komen la sikit ^^