Hai..
Kaklong dah tengok citer Jack Reacher
Tulisan pink tu spoiler.. Jangan baca tau kalo belom tengok..
Korang yang dah tengok Jack Reacher pertama dulu pasti tau yang dia ni adalah polis tentera yang dah bersara dan hidup low profile tanpa jejak.
Kali ni dia selalu tolong sorang mejar perempuan ni dan selalu calling-calling sampai la dia decide nak datang secara mengejut dan bawak mejar tu gi dinner. Namun dia yang terkejut kerana mejar tu telah ditahan atas kesalahan pengintipan. Jack tak puas hati lalu mula siasat perkara ni..
Siasatan tu membawa dia kepala maklumat yang tak disangka-sangka iaitu dia ada anak perempuan, padahal dia tak tau pun.. Pastu dia dapat tau yang ada orang nak bunuh mejar tu yang masih dalam tahanan, lalu dia gi larikan mejar tu. RUpa-rupanya mejar tengah siasat kejadian tembakan yang melibatkan dua tenteranya di Afghanistan. Yang pelik, tentera tu ditembak dengan menggunakan peluru pihak tentera sendiri. Mas atengah menggali tu la mejar tu tiba-tiba kena tahan. Dan orang jahat ni pula nak tangkap anak perempuan dia sebagai tebusan, lalu Jack larikan anak perempuan tu sekali.. Dan mereka bertiga bersama-sama siasat kes tersebut.
Review:
Cerita ni biasa-biasa je...
Tak ada apa-apa kelainan berbanding cerita penyiasatan dan pelarian sebelom-sebelom ni..
Kemisteriannya tahap biasa-biasa, plot predictable, siapa dalang sebenar pun predictable.
Memandangkan hampir semuanya predictable, unsur suspense dalam filem ni teramat kurang...
Kaklong puji dengan babak aksi dalam cerita ni..
Tak kelam kabut, dan amik berat titik fokus mata penonton dalam aksi lawan-lawan dan tembak menembak.
Aksi pun tak meleret-leret membuatkan tak rasa mengantuk..
Namun plotnya sedikit meleret..
Meleret menyebabkan kita dapat predict apa yang akan berlaku selepas itu..
Tu yang tak syok sikit...
Skripnya ringkas dan biasa-biasa je..
Lakonan pun biasa-biasa aje..
Bagus je semua...
Bila keluar dari panggung, dah tak ingat dah citer tu tentang apa..
Bermaksud ia sangat biasa dan takde kelaianan yang buat ia melekat dalam kepala..
Biasanya balik rumah Kaklong tak sabar nak taip review, tapi untuk filem ni Kaklong tak rasa pun nak taip review..
Bukan buruk.. Bukan tak best,,
Biasa je..
Rasanya citer ni terkebelaang dikit dari zaman..
MAcma movie 90-an macam tu..
Tengok mission impossible first zaman Tom Cruise muda-muda dulu lagi best...
Melekat mata kat TV walaupun dah tengok 40 kali..
Dah nama sekuel kan, mesti nak banding..
Jack Reacher first dulu adalah jauh lebih best dari yang second ni..
Yang first tu ada misteri, ada aksi yang mendebarkan dan kehebatan Jack yang tak disangkal..
Dalam citer kedua ni, Jack macam biasa-biasa je..
Hahaha,, MAcma tak tau nak tulis apa..
Sebab biasa-biasa je cerita dia..
Kaklong suka pun sebab dapat menatap kehenseman Tom Cruise..
Kalo tengok balik, filem Tom Cruise kebelakangan ni asyik tak bagus je..
Mungkin dia kene move on ke watak lain pula..
Kalo korang perasan kebanyakan filem yg beliau lakonkan kebelakangan ni adalah yang dia sendiri produce..
Mungkin dah sampai masa dia terima watak bukan hero aksi. Masih hero tapi bukan aksi sebab..
Sebab dia hensem giler, suara sedap.. BAwak apa2 watak pun best,,
Tapi dia nak gak ngn aksi..
Well, ni pendapat peribadi Kaklong je la..
Kaklong suka sangat watak yang dia bawa dalam filem Jerry Maguire, A Few Good Man, Valkyrie,dan The Firm. Ni bukan citer aksi lawan-lawan tapi debor giler tengok..
HArap dia bawak watak macam ni pula..
Biasa-biasa punya pasal Kaklong bagi 3 out of 5
Patutnya 2.5 je sebab takde benda yang tak best dalam citer ni, dan takde benda yang best juga...
Tapi dalpat 0.5 extra sebab Kaklong minat giler kat dia..
Hohoho...
Bye
Cari kat sini
About
Kaklong seorang surirumah yang rajin, isteri yang solehah, ibu yang penyayang kepada dua anak yang bijaksana
Suka membaca, menulis, mengait, melihat lukisan, berangan dan terbaru berjinak-jinak dengan exercise walaupun tak menyukainya.
Quiting Social Media
INFP
Ambivert
Suka Muzik Rancak
Suka Movie Banyak Cakap
Alkisah
-
▼
2016
(124)
-
▼
Oktober
(30)
- Kacip Fatimah Phytoplus UTM : Ikhtiar Kaklong untu...
- Review : Ebook Cara Mudah Simpan Wang
- Kat Mana Nak Beli Bra Pelbagai Saiz dan Harga Berp...
- Review Filem : Jack Reacher Never Go Back
- Lawak Solo Minggu Pertama
- Cara Pilih Bra yang Sesuai untuk Jenis-jenis Payud...
- Rangkaian Produk SimplySiti
- Segmen Bloglist Oktober Blog Seindahcerita
- Jenis-jenis Bra
- Cara Ukur Saiz Bra yang Betul
- Segmen Ucing Nak Bloglist
- Shopping Online : Komik Indie Ankel Jonni dah samp...
- Review Filem : Spotlight
- Satu Post sahaja Muncul kat Homepage Blog
- Gegar Vaganza 3 : Kaklong Team Rem
- Tertengok...
- Harga Kos Poslaju Terbaru 2016
- Senarai Produk Keluaran Melayu Islam
- Apa itu Plank Workout?
- Review Filem : masterminds
- Workout Gaya Tabata
- Gegar Vaganza 3 dah nak start. Yay!
- 10 Things I Can't Live Without (7 je actually)
- Zumba Mudah yang Kaklong Selalu Buat
- Kacang Soya TIDAK BAIK untuk Kesihatan?
- Pengalaman ke Sungai Lembing (dan Kuantan)
- Name Card Percuma kat Pixajoy
- Review Filem : Deepwater Horizon
- Lirik Lagu Kurela Dibenci - Aiman Tino
- Nak letak tajuk apa ni?
-
▼
Oktober
(30)
Misi 2026
- Turun 6kg (79>73kg)
- Morning walk 2km
- Bfast low carb, higher protein
- Jalan 10 minit lepas makan
- Suku suku separuh
- Sayur>Protein>Carb
- Minum air masa semasa makan
- Minum setengah gelas je air bergula. Pastikan kurang manis
- Jangan makan semasa minum air bergula
- Evening walk 2km
- Hari tak walking, ganti dgn 1km indoor walking


Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHi kaklong. Dtg blogwalk sini.
BalasPadamTak tengok lagi JR ni tapi trailer dia nampak best haha