Pengalaman ke Sungai Lembing (dan Kuantan)

Hai..

Pada 30 Sept hingga 2 Oct haritu Kaklong, KakNgah , Ucu dan 2 anak KakNgah gi berehat-rehat kat Sungai Lembing.
Tujuannya cuma nak tido dalam hotel je..
Nak rehat-rehat..

Kira macam girls outing la ni..
Ibu ayah dan para suami semua takde..
Kitorang nak jalan sesama gegurl je..
Anak KakNgah ofkos kene ikot sekali..

Sungai Lembing tu kira-kira sejam je dari Kuantan (or less).
Walaupun hanya sejam, tapi tak pernah pergi walhal duk Kuantan sejak lahir..

Kaklong booking bilik melalui online kat booking.com
Sebelom ni pernah guna website yang sama booking bilik kat Pangkor.
Bagi Kaklong mudah la nak guna booking.com ni..
Website lain pun banyak, cuma ntah la, rasa senang guna yang ni..

Kitorang menginap kat satu tempat nama Sungai Lembing View Resort Pollock

Gambar ni amik sebelom bertolak pulang..
Terik giler matahari..
Pastu ada pulak orang tengok..
Takleh la nak posing elok2 sikit..

Nak mencari Pollock ni punya la bollocks..
Pekan ni kecik, tapi padat utk first time datang..
Rasa cam dah sesat..
Bila dah masuk pekan ni, rupanya banyak juga hotel kecik dan homestay..
Cuma dalam booking.com tu ada 2 hotel je..

Resort ni atas bukit..
Kalo korang kene naik ke bukit dan nampak macam rumah2 orang, jangan bimbang, memang betul dah tu..
Dan dia bukan la resort sangat..
Tapi ok la dengan harga.

Kaklong amik triple room utk 2 malam RM260..
Ada double bed 2 biji.
Bangku panjang sebiji, aircond, kipas dan bilik air.
Takde TV, takde almari. Keattle pun takde..

Tapi dia ada pantri.
Kat pantri tu ada air panas, kopi, gula, cawan dan singki..
Bole minum je banyak-banyak mana..
Pastu lobi dia pun ada TV.. Bole la tengok tv kat situ
KakNgah dan Ucu dan anak-anak KakNgah
Ni la pantry tu.. Kami sarapan time ni..
Lobi yang kat sebelah cermin tu..

Disebabkan kat bilik takde tv, anak-anak ni jadi boring..
Pastu main lompat-lompat, menjerit-jerit, dan bergaduh...
Bising la juga sebab gema.. Bilik tertutup pula tu..
NAseb baek takde orang kat bilik sebelah..

Korang yang ada anak tu, better la tengok betul-betul dalam description ada tv ke takde..
Kaklong tak tengok detail, sebab selama ni pergi mana-mana mesti ada tv.. So assume ada la..
Kaklong baca yang aircond dan katil je..
Sayang pula rasa.
Boring la juga duduk dalam hotel tu..

Kitorang sampai Sungai Lembing time tu dah petang..
MAlam kitorang nak cari makan..
Tapi tak banyak kedai la..

Pusing punya pusing...
LAst-last kitorang makan kat Warung Ayie


Warung ni bersih dan sedap tau..


KAklong order kue teow goreng dan telur mata.
Ucu order nasi goreng cina.
Banyak giler nasi goreng dia..

Tapi kan, kue teow goreng ni sedap giler tau.
Ia mengingatkan kepada mi goreng yang Kaklong pernah makan kat warung cina..
Dia rasa macam ni la, berkicap..
Tapi tak macam mi goreng Melayu atau Siam..
Kaklong masak pun tak jadi macam ni..

MAsa makan tu baru nampak yang lap meja tu apek..
Dan masa nak bayar tu, apek tu panggil tukang masak aka bos kot "Ah Keong, Ah Keong."
Eh, warung cina kot ni..
Tapi cakap Melayu takde pelat..
Sedap pula tu masakan dia..

Korang try la makan kat sini..
Kalo duk kat pekan tu, korang jalan menghala ke muzium..
Sebelom sampai muzium, ada gerai sebelah kanan..
Nampak ramai Melayu makan kat situ..
Pakcik kopiah pun ada, duk minum teh sambil borak2 (orang kampung tu kot)

Sebelom balik hotel, kitorang beli roti kat kedai runcit utk sarapan pagi esok..
BAnyak kedai runcit kat sini..

Hari kedua

Pagi-pagi lagi kitorang bersiap nak pi 3D Gallery Sungai Lembing
Disebabkan hari Sabtu, tengahari mesti ramai orang pula, tu yang nak pi pagi2 tu..
BUkan tak suka orang ramai, cuma segan sikit nak posing merepek2 bila ada orang..
Hahaha..

Puas la juga pusing-pusing cari, akhirnya jumpa..
Gallery ni kat shoplot 2 tingkat..

Harga tiket galeri 3D sungai lembing :
RM16 utk dewasa 
RM11 utk kanak-kanak..

Waktu operasi :
9pagi - 6ptg

Anak buah Kaklong umur 2 tahun dan 3 tahun ni pun kene bayar RM11 sorang..
Kalo baby yang dukung tu free je...

Pegawai tu explain dulu camana nak amik gambar supaya nampak macam 3D
Kalo tak tau nak posing camana, kat sebelah gambar2 tu ada contoh dia..
Korang bole tiru je gaya tu..
Dan ada juga tanda kat lantai, tempat yang betul utk cameraman berdiri supaya gambar nampak cantik..

MAsa mula-mula masuk tu, dua beradik ni takut tau..
Mungkin sebab terkejut tengok gambar besar-besar..
Dah lama sikit tu baru dorang okay..

Jom Kaklong belanja gambar sikit..
lawan ngn Luke tuuu
Eh eh eh.. sorry... 
Nak pegang kaki, tak jadi pulak..
Uuuu.. tambah lagi.. tambah lagi...
posto posto..
seram weh...
Nyum nyum...
Nyamannyaaaaa....
jaga-jaga!
amik ayak sat..
meh makan meh...
Wooo.. dapat sekor!
Tak bole nak selfie.. Kene himpit.. T___T

Peace!
Tidak! Tidak!
Suka gambar ni.. <3
gambar ni pun...
gimme back my phone!
aiyarkk!
adoiiii!
Hahaha..
Comel tak gambar-gambar tu?

Tapi ada juga yang tak berapa menjadi..
In house guide ada ikot/tengok kitorang posing; tu yang rasa segan nak merepek-repek tu..
Nak buat macam0macam aksi, tapi bila in-house guide tu berdiri tengok kita, rasa segan la pulak...

Tujuan dia ikot tu untuk tolong kita amik gambar supaya semua dapat masuk dalam photo...
Baru syok..
Tapi tu la, kita ni pemalu dengan orang luar..
Dengan famili sendiri huha huha pun takpe..
Haha..

Dah settle dah GAllery 3D, kite pi muzium pula..
 Konon-konon nak selfie dengan sign tu, sekali tak kena pula..
Hohoho..

Naseb baek atas ni ada sign cantek sikit kat atas tu..

Time ni dah tengahari..
Kene jalan naik atas bukit pula tu..
Tak la tinggi sangat, tapi penat la juga sebab Kaklong ni bole tahan juga debabnya..
Ngehehe...

Harga tiket ke muzium sungai lembing cuma RM2 sorang.
Kanak-kanak percuma.

Muzium sungai lembing ni menunjukkan sejarah sungai lembing dan fokus utamanya ialah lombong bijih timah paling dalam di dunia..

Dia ada tunjuk la replika kedalaman lombong ni..
Perghhh..
Takot Kaklong tengok..
Macma bangunan bertingkat-tingkat, tapi kat bawah tanah...

Ni gambaran terowong bijih timah tempat hari-hari dorang melombong..
Tapi tak la sejuk macam ni..
Ada waktu panas sangat, ada waktu sejuk sangat kat dalam tu..

Ada gambar pekerja tu pakai boxer je, panas punya pasal..
Ada juga tunjuk peralatan yang wajib dorang pakai setiap kali turun ke terowong..
Mesin yang dorang gunakan..

Kalo Kaklong pekerja lombong, camni la background Kaklong selfie setiap hari.. 
Hahaha..

Time Kaklong selfie ni kan, ada budak tu tengah berjalan .
Tiba-tiba dia terkejut dan cepat-cepat pergi kat mak dan dan cakap "kenapa dia amik gambar adik?"
Hahaha..
Nak gelak je, cepat-cepat Kaklong lari takot dia nangis..

Kat muzium ni tak banyak sangat tangkap gambar..
Sibuk membaca dan melilau-lilau..

Lepas abes melilau, gi masuk gift shop dia kejap..
Tapi kan..

Takde duit! 
Huwaaaaa....

Kat Sungai Lembing ni takde Mesin ATM
Kaklong pula jenis tak pegang cash banyak..
Mampos!
Tak bole nak shopping..
Setakat makan je la.. :(

Ingat nak beli tshirt dan topi utk ibu n ayah..
Keychain utk abang dan adik2 lain..
Erm... Tengok je la mampu..

At least letak la satu ATM kat muzim ni..
BAru la sedap sikit nak shopping..

Sebelom datang sini, korang sediakan cash secukupnya tau.. 
Jangan jadi macam Kaklong

500 meter atas bukit tu ada Terowong Sungai Lembing..
Kami tak pi sebab bawa kanak-kanak..
Dorang cakap ada bukit panorama dan air terjun pelangi..
Pun tak pegi.. Takot budak2 ni penat..

Lepas jalan kat muzium, kami makan nasi ayam kat area food court..
Area tu kat tempat parking bas Rapid Kuantan
Sedap juga..
Mee jawa pun ada kat sini..

Kalo korang malas nak  menginap kat sini, bole amik bas dari Kuantan ke Sungai Lembing je..
Lepas abes pusing, naik bas semula balik Kuantan..

Pastu kat sini ada banyak tempat sewa basikal...
Dan ada tramp yang bawak kita pusing-pusing..

Macam seronok je..
Kitorang tak naik la sebab dah bawak kete..
Lagipun cash tidak membenarkan itu terjadi..

Kalo rajin Kaklong gi sekali lagi, naik bas dari Kuantan..
Sorry, gambar tak banyak sebab Kaklong drive..
Kami adik beradik pula selalu tak teringat nak amik gambar..

Lepas makan kitorang lepak kat bilik je sampai malam..

Malam tu kami keluar makan..
Nak cari gerai lain tapi macam takde je..
So, kitorang keluar dari pekan cari kedai makan..
Last2 jumpa satu..

Nama gerai tu Gelora Point kot kalo tak silap.

Ada nasi tempoyak ikan patin, mi jawa, laksa penang..
keropok lekor dan aiskrim..


 Kitorang makan mi jawa..
Laksa penang semangkuk utk anak buah..

Harga tak mahal dan sedap pula tu..

Korang try la..
Dia kedai first yang korang akan jumpa, jalan ke Kuantan..


MAsa kitorang makan ni dia pasang citer Ip Man..
Seronok pula makan sambil tengok orang berkungfu..

Habis makan terus balik tido..

Esok tu checkout dalam kul 11pagi..

Sampai Kuantan, tak abes lagi outing tau..

Singgah makan tengahari kat Domino Pizza Indera Mahkota 


Anak buah sulung (kakak) je sorang yang tak hepi..
Rupanya dia tak minat makan piza.

Kakak memilih sikit..
Tak macam adik dia tu, semua sumbat..

Kitorang order piza paling nipis..

Selepas semua kenyang, kami tak balik rumah lagi tau..
Kitorang gi karaoke pula..
Alang-alang dah keluar kan, bukan senang nak dapat tiket keluar camni..

Puas gak cari karaoke..
Kat East Coast Mall ada, tapi parking susah sikit hari Ahad ni..
Kitorang memang tak pegi sana hari Ahad..

Sebelom kawen dulu kitorang pegi kat WOW karaoke, kat sebelah UTC tapi tak tau la masih buka ke tak..
Lepas kawen susah la sket nak keluar sesuka hati kan..
Kira dah lama juga tak outing macam ni..

Kali ni kitorang try karaoke kat Kompleks Teruntum
Ya, kompleks tu masih wujud dan beroperasi seperti biasa..
Nama Karaoke Xanax kalo tak silap..

Harga karaoke tu RM20 sejam (small room)
Time pegi tu ada promotion half price..

Kitorang masuk 2 jam lebih.. Kene RM30+..
Yang + tu sebab air mineral 4 botol..
Karaoke ni kita bole masuk dan duduk la berapa lama..
Dia akan kira time kita keluar nanti..

Sound dan mic dia pun best..
Lain kali nak pi lagi..

Sorry, takde gambar.. Phone dah abes bateri.

Lepas puas melalak, kitorang singgah pasar minggu Taman Gelora beli makanan sikit baru balik rumah..

Huhuhu..
Puas hati gi jalan-jalan kali ni..

TAhun depan la pula kita gi jalan macam ni ya

Bye

10 ulasan:

  1. Kuteruja tengok gambar 3D dengan makan2... Teruja sangat sampai rasa nak masuk dalam gambar tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Sabar2..
      Tapi memang rasa takmo keluar pun dari galeri tu tau.. :)

      Padam
  2. Wah menarik.. Tempat lea sebenarnye ni tapi lea sendiri tak pernah sampai kak long oiii.. hahaha kene terjah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa.. Lea duk Sungai Lembing ek..
      Terjah jangan tak terjah.. :D

      Padam
  3. Nanti nak terjah la muzium dan 3D art tu.. first time tahu ada tempat2 camtu kat area kuantan ni.. terima kasih atas perkongsian kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Ina..
      Kaklong tau pun sebab nampak signboard..
      Jangan lupa terjah.. ^_^

      Padam
  4. Saya perasanlah kan, kalau cina yg masak kueytiaw memang sedap jadinya. Air tangan dia tu lain dgn malay or thai. Mungkin sebab kueytiaw pon asal dari dorang kot?

    Macam kat ICT Shah Alamlah! Jadi rindu pulak nak jejak tempat tuh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga kn... Kaklong cuba immitate pun tak menjadi..
      Dia takde la kicap sangat, tapi berkicap..
      (huhu.. tak reti explain.. )

      Padam

Komen la sikit ^^