Name Card Percuma kat Pixajoy

Hai..


Tengok orang lain ada name card, Kaklong pun mengada je nak buat satu padahal duk rumah je pun...
Nak bagi kat siapa pun tak tau la..
Hahaha...

Comel tak?

Kaklong order online je ni..
Malas nak keluar pergi survey..

Name card ni percuma je tau. Cuma tambah kos pos je RM8 lebih (lebih tu GST)

Bole pilih design yang sedia ada, dan bole juga guna design sendiri..
Kaklong pilih yg dah ada, tapi edit2 sikit..

Cuma satu je nak warning..
Masa nak edit kat website dorang tu, pening sikit..
Kaklong buat ni pun 6 kali tau..
Asyik hang je, pastu crash dan dia takde autosave, terpaksa start dari awal..
6 kali tau..
Penat giler nak siapkan..

Bayangkan la Kaklong taip perkataan semua tu sebanyak 6 kali..
PAstu susun letak dia pun kalo silap sikit, mula la dia buat gila..
Susah gak nak explain camana gila dia..
Kaklong dredge ikon tu, dia takmo dengar cakap..
Resize pun takmo dengar cakap juga..
Suruh buat lain, dia buat lain...
Sabar je banyak2, name card je pun..

Selepas kali ke-6 tu, sakit kepala juga asyik renung lappy lama2..
Dah ler mata ni silau tinggi..
Konon-konon dah check la spelling semua baru submit..
RUpa-rupanya ada silap juga..
Nampak tak silap kat mana? (tengok gambar kat atas)

Apapun, hasilnya cukup memuaskan hati..
Warna cantik dan sama seperti masa edit kat lappy..
Ni jenis laminated tau.. Cantek berkilat2..

Penghantaran pun cepat juga.. Dalam  3 hari camtu..
Dorang hantar guna skynet..

Eh, lupa nak bagitau beli kat mana..

Order kat pixajoy.com.my

Kat banner tu nanti ada promotion free name card..
Bole grab dulu, nanti-nanti baru drop order..
Limited kepada 50 org je sehari..

Better korang buat sendiri dan submit daripada edit kat website dia..
Apapun, kalo nak rasa sendiri pengalaman tu dipersilakan..

Kaklong ada buat video syok sendiri kat youtube..
Kalo free sila la ushar channel Kaklong tu..


Bye

8 ulasan:

Komen la sikit ^^