Lawak Solo Minggu Pertama

Hai.

Malam tadi Kaklong tengok Lawak Solo episod pertama..
Bukan nak tengok sangat.
Saje je buka sebab takde citer best malam tadi..
Mungkin memang Astro sengaja tak buat citer best channel lain supaya kita semua tengok.
Haha...

Rupa-rupanya best juga rancangan itu..
Walaupun pesertanya bukan pelawak profesional, tapi style bole tahan gak pro.


Lawak Solo ni dihostkan oleh Johan (Raja Lawak).
Ada 3 orang juri yang akan komen persembahan peserta iaitu Saiful Apek dan Dato' AC Mizal.
Dan sorang lagi juri jemputan, bagi episod pertama ni, Fazura la orangnya..

Para pesertanya ada 10 orang iaitu:
1) Mad Sabah
2) Nizam
3) Hafiz
4) Wan Gegau
5) Daniel
6) Aaron
7) Ridzuan
8) Dinn
9) Fikry
10 ) KC






Episod pertama malam tadi Kaklong tak expect bagus sangat..
Dulu dah tengok School of Lawak, setakat 2 episod je, sebab tak best.. T___T
Kali nk tak nak expect apa-apa.

Namun, persembahan dorang bagus juga..
Peserta awal-awal tu mungkin kaku sikit, ye la persembahan pertama kan, tersekat2 juga la..
Pastu dah masuk 3 peserta, semua dah dapat momentom dan flow masing-masing dah ok..

Susah tau lawak solo aka stand-up comedy ni..
Kalo senang pasti Maharajalawak Mega semua nak buat solo..

Persembahan yang bagus Kaklong suka Wan Gegau dan Fikry..
Yang lain pun bagus, cuma dua persembahan ni yang Kaklong teringat-ingat..

Pemarkahan dia pun bagus juga, 70% dari juri, 30% lagi dari undian penonton..
Kiranya bukan judge popular la..
Nampaknya Astro betul-betul serious nak cari pelawak baru..

Rasanya next week kalo free lagi la..
Hari Jumaat pukul 10 malam kat Astro Warna dan Mustika HD

Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^