Kaklong seorang surirumah yang rajin, isteri yang solehah, ibu yang penyayang kepada dua anak yang bijaksana

Suka membaca, menulis, mengait, melihat lukisan, berangan dan terbaru berjinak-jinak dengan exercise walaupun tak menyukainya.

Quiting Social Media
INFP
Ambivert

Suka Muzik Rancak
Suka Movie Banyak Cakap

Potty Training Fatin

Dah masuk seminggu potty training Fatin. Pretty impressive jugak la.

Hari pertama terkucil tiga kali.
Hari kedua dan ketiga terkucil sekali. Hari keempat dan seterus tak terkucil. Dia bagitau setiap kali nak potty. 

Ada sehari tu kami keluar jalan, pakaikan dia pampers. Dia bagitau nak pergi toilet, tapi kami suruh dia potty dalam pampers je. Dia buat tapi kali kedua dia taknak dalam pampers dah. Dia nak pi toilet. Time tu kami berjalan pi terminal, naik feri dan walking, susah sikit nk jumpa toilet on the spot, tu yang pakaikan pampers tu. Naseb jumpa juga.

Apapun waktu tido malam Fatin dipakaikan pampers lepas dia tido. Tido siang tak pakai pampers dan alhamdulillah tak terpotty.

Maybe Fatin sebenarnya dah lama bersedia nak free diapers tapi mama je ingat dia tak bersedia.

Bagus Fatin.

Rindu Yunfila

Kaklong ni sedang merindui kawan lama kaklong kat alam maya ni iaitu Yunfila.


Blog dia dah tak aktif sebab domain dia dah amik orang.

Pastu dia dah idle kat facebook.


Apapun kaklong jumpa jejak dia kat YouTube. Dia buat muzik.


Kat platform lain tak pasti sebab kaklong memang dah tinggalkan social media. Pastu ig kaklong pun dah kene curi. Dah tak boleh akses. Ntah hapa² punya perangai hack og orang pastu tak buat apa-apa pun kat ig tu.

Kaklong doakan semoga Yunfila terus happy dan sukses dalam apa jua yang beliau lakukan. 

Semoga kita berjiran di syurga.
Aamin...

Anak kedua mama

Harini nak cakap pasal Fatin


Fatin dah 4 tahun. 
Dah pandai mengira sampai 30. Pandai ABC

Fatin ni baik je. Mudah jaga.
Bab makan sama macam abang dia, memilih. Cuma dia suka makan manis-manis. Nasi lemak dia suka.

Selfie sendiri ngan phone mama

Fatin ni tak banyak songeh.
Dia tak melawan sangat. 
Kalau taknak buat apa-apa kita suruh, dia buat dek je. Pastu kita pimpin tangan ajak, dia ikot.

Tapi kalau ngan Farid dia lasak.
Dia suka tumbuk, sepak, cubit Farid.
Farid kuat mengusik, tu yang Fatin jadi camtu.
Bila dah banyak kene usik, Fatin puj bangun kejar Farid. Farid lari ketakutan. Pastu lepas kene pukul, Farid tak balas, dia datang kat mama je mengadu.

Bila mama nasihat Fatin, Fatin cakap okay sambil senyum tanpa rasa bersalah. Ai, pening.

Fatin suka painting 


Ni gambo yang dia painting harini.

Sayang pula tak amik gambo painting² dia sebelum ni. Pasni kaklong amik gambo. Simpan sini buat kenangan.


Tengok tu, lasak. 
Tu yang takot letak almari tinggi.
Naseb baik rak ni berat.


Ni gambar dua beradik.
Dah besar dah baby mama.
Mama sayang Fatin.
Mama sayang Farid.

Minat Plave

Kaklong tak minat K-pop . Tapi kaklong terminat kat satu group k-pop ni. 

Uniknya group ni kartun dan dorang menyanyi dan menari sekali. Dipanggil virtual idol.


Nama group ni Plave.
Terdiri dari 5 orang Korea.

Dorang buat live kat youtube 2x seminggu. Dan masa live tu dorang ni kartun sambil-sambil baca chat dan berinteraksi dengan peminat. 

Lagu-lagu dorang kaklong suka. Lagu banyak genre dan easy listening. Suara dorang pun semua sedap. 

Lagu dorang nampak senang je tapi bila try nyanyi, ui, susah. 

Kaklong punya bias ialah Yejun.


Yejun ni leader dan penyanyi utama dalam group ni. Teknik nyanyian dia bagus dan pelbagai. Falsetto dia pun sedap. Ada beberapa live dia ajarkan teknik nyanyian kepada ahli lain. Memang nampak dia expert, dah macam guru vokal.

Dia pun composer dalam group dia. Dia compose lagi bersama Noah (rambut kuning) dan Eunho (rambut putih). Guide version pun banyak Yejun yang nyanyikan. 

Ada sekali tu dorang buat live kelas rap, Eunho (rapper) ajarkan rap kepada Yejun. Yejun tak pandai rap. Pastu dia diberi kerja rumah untuk buat rap. Dan rap yang dia buat tu sedap tau. Cumanya rap versi comel sangat. 

Pastu peminat minta dia rap lagi dia pun terus buat rap pasal makanan secara spontan. Ya Allah sedap gila rap dia tu. Terngiang-ngiang di telinga. 

Nah bagi korang tengok.


Versi ni panjang sikit. Tak boring pun tengok. 

Versi pendek pun ada. Korang search je "Yejun rap". Cuma bila tak faham context maybe tak rasa la apa kitorang rasa bila dia rap macam tu.

Selain tu Yejun juga tak pandai menari sangat. Dia tempat keempat dalam group ni. Tu pun dia bangga gila dan selalu berlagak dengan Eunho yang merupakan tempat terakhir pandai menari dalam group ni.

Kaklong suka Yejun sebab personaliti dia yang baik dan comel tu.

Lagu dorang yang paling kaklong suka ialah Dash dan Island. Tapi semua lagu dorang pun sedap. Video dorang pun lawa-lawa.




Tak sabar nak tunggu the next song. 

Result KAFA Tahun 1 Farid

Selang 3 minggu ada sesi amik report card KAFA Farid pula.

As expected, result dia tak bagus. Semua D.

Kaklong tak kisah dia dapat D sebab dia memang belum pandai membaca. Jawi lagi la tak pandai. 

Result tak ada nak tunjuk kat sini sebab tak diberi. Tapi kaklong ingat la yang semua D. 

Cikgu cakap Farid ni selalu tidur dalam kelas. Bab tidur tu kaklong tak bole buat apa-apa la. Cuma bole ingatkan supaya fokus dalam kelas. 

Pastu cikgu cakap Farid macam tak faham apa cikgu cakap (bila cikgu tanya). Bab tu kaklong tau la kenapa. Sebab loghat cikgu pekat dan Farid bukan orang sini. Mungkin memang Farid tak faham. Apapun lama-lama okay la tu bila dah bergaul dengan orang setempat.

Lepas perjumpaan tu kaklong pun start la nak ajar Farid jawi, memandangkan KAFA SEMUA jawi. Masalahnya kaklong pun tak pandai jawi. 

Tapi kan secara magiknya kaklong pandai pula baca jawi buku dia tu. Padahal masa sekolah dulu aku punya la lembab jawi. 

Masa kaklong test jawi kat Farid kan, dia langsung tak pandai baca tau. Pastu kaklong test huruf. Rupa-rupanya Farid cuma kenal alif sampai sin je. Shim tak kenal padahal dekat je bunyinya .Tho, zho dia kenal. Huruf seterusnya tak kenal dah.

Hmmm....

Kaklong kan, hantar Farid mengaji semasa 6 tahun. Setiap hari sejam sehari tau. Pastu dia kenal sampai sin je. Memang kaklong tak check sangat progres Farid sebab dia baru darjah 1. Tapi nampaknya darjah 1 la ni kene serius belajar. 

Kaklong masih fikir sekolah macam zaman 90-an dulu. Darjah 1 relax-relax je baca suku kata apa semua. Rupanya-rupanya kene buat ayat dah darjah 1. 

Kaklong kalut juga la bila tau dia belum kenal huruf Hijaiyah. Kaklong pun start ajar jawi. Pastu kaklong cam keliru pula. Patut ajar jawi ke, patut ajar iqra' dulu? Ajar dua-dua karang keliru pula.

Selepas tanya-tanya orang, pertimbang dan tanya chatGPT, akhirnya kaklong decide ajarkan dia iqra' dulu. Biar dia paham bacaan Arab pastu baru ajar baca jawi. Buat masa ni, biar dia belajar jawi jat sekolah dulu.

Sekarang kaklong masih fokus ajar dia bm disamping kenal huruf Hijaiyah. 

Pastu kaklong buatkan nota KAFA dalam rumi untuk dia. Kalaulah dia lambat pandai jawi, at least dia dah pandai rumi dan dapat juga ilmu dari silibus KAFA tu. 


Ni la nota yang Kaklong buatkan. Ni subjek Adab.

Susah juga nak tulis ni. Tulisan kaklong jenis buruk dan bersambung. Tuliskan nota ni banyak kali padam supaya tulis sebiji sebiji. Nak pastikan dia dapat baca bila dia lancar membaca nanti.

Nak senang taip je. Tapi kaklong tulis supaya dia nampak mama dia gigih dan semoga dia pun rasa nak gigih macam mama.

Apapun Farid suka tulis jawi. Kaklong ada printout aktiviti yang dapat kat FB, dan Farid selalu pilih nak tulis jawi. Dia suka walaupun tak pandai baca.

In shaa Allah lepas dia dah tamat buku 8 (buku yang semalam kaklong tunjuk tu), kaklong akan gigihkan ajar Iqra' pula.

Bab Iqra' ni kaklong ada tanya ibu ayah camana nak ajar anak. Ibu n ayah suggest ajar Muqaddam. Sebab dorang pun nampak cucu-cucu dorang yang lain slow je nak catch-up Iqra'. Sebelum dorang suggest tu kaklong sendiri pun rasa nak ajarkan Muqaddam, tapi takot tak sesuai dgn zaman ke apa.

Nanti la la kaklong pertimbangkan nak ajar Iqra' ke Muqaddam. Mungkin Iqra' tu ada teknik mengajar yang kaklong tak tahu, tu yang rasa payah. 

Doakan Farid cepat pandai. 
Aaminn...

Result Pertengahan Tahun 1 Farid

Pada bulan Ogos yang lepas ada sesi amik report card Farid. 

Result Farid 


Kaklong memang expect result dia tak berapa bagus. Sebab Farid memang belum pandai membaca lagi. Macam mana nak jawab exam kalau tak pandai baca. 

Tengok-tengok dia dapat PT3 untuk BM, BI n math. Macam ok je untuk murid yang belum pandai baca.

Tapi yang tak best, kaklong tanya apa-apa pun cikgu tak tahu. Malah cikgu siap cakap 2x lagi "Farid ni pandai baca ke tak, tak tahu". Kaklong macam 😑...

Bulan 6 hari tu ada ujian pengesanan awal literasi dan numerasi. Takkan tak tahu result ujian tu.

Kaklong faham guru kelas Farid bukan guru bm dan matematik. Tapi guru bm dan math dan subjek lain memang tak ada bagi notes ke apa ke untuk guru kelas maklumkan apa-apa pada ibu bapa. Jadi kenapa ye kaklong kene datang sekolah untuk jumpa guru kalau tak ada apa-apa maklumat pun nak diberi kepada kaklong selain result exam.

Pastu math Farid TP3 tapi markah ujian math dia 96%. Kaklong macam eh kenapa.. Kaklong tanya pasal math tu, part mana yang anak kaklong lemah. Pastu cikgu cakap beli buku latihan dan buat latihan kat rumah. 

Hmmm....

Kaklong malas nak tanya banyak kali. Tapi kaklong nak tahu kenapa markah dia A tapi TP3. Kaklong bukan pertikai, kaklong nak faham apa yang dia lemah supaya dapat fokus apa yang kaklong perlu ajarkan kat rumah. Tapi tu je la. Beli buku pastu buat latihan kat rumah.

Okay...

Pastu kaklong cari la maklumat pasal jenis-jenis TP (kaklong last sekolah tahun 2001 jadi tak faham pasal TP) pastu terjumpa komen dari guru pasal dia letak TP1 sebab murid tak reti apa pastu dia ditegur oleh orang atasan dan disuruh paling kurang letak TP3. 

Kaklong macam what?

Pastu tengok result Farid dan compare dengan dia yang tak pandai baca. Adakah Farid sebenarnya dapat TP1? Tapi tak bole tulis TP3.

Kaklong seriously tak kisah pun dia dapat TP1. TP0 pun takpe asalkan kaklong tahu tahap penguasaan dia. Tapi kaklong sistem TP tu sugar coating, memang tak bole jadi la macam ni. 

Sejak tu kaklong start mengajar Farid membaca. Farid kan preschool sejak 4 tahun. Jadi kaklong serah bab pendidikan dia kat cikgu-cikgu sebab kaklong tak pandai pasal phonic. Kaklong terbaca kalau kita ajar campur-aduk nanti anak keliru. Oleh itu better kaklong serah ke cikgu je uruskan.

Rupa-rupanya memang tak bole. Bukan macam zaman 90-an ibu serah ke cikgu, anak terus cemerlang. La ni anak cemerlang sebab ibu bapa, bukan sebab sekolah.


Kaklong ajar Farid membaca guna buku ni. Ada 8 buku kesemuanya. Ajar dari buku 1. Masa bulan 8 haritu dia tak berapa pandai juga buku 1, terutama huruf N. 

Harini dia dah baca buku 6. Buku 6 ni pun dia tersekat kat huruf N. (Cth man, ban, lin, tun). 

Kaklong ajar dia setiap malam dalam 10 minit je sehari. Hari cuti ajar 3x sehari. 10 minit juga satu sesi. 

Selain ajar sendiri, sejak bulan 5 haritu kaklong ada hantar Farid kelas membaca Sabtu dan Ahad. 

Pastu cikgu ajar kat sekolah lagi. Semoga cepat Farid pandai membaca.. Aaminn...

Baru Kemas Rumah

Masa mula-mula masuk sekolah, kaklong hari-hari sediakan bekal. Tapi sekarang dia pandai demand dah. Dia nak beli, tak nak bekal. 

Apapun pagi-pagi kaklong siapkan juga sarapan untuk dia makna sebelum pergi sekolah. Duit belanja bagi rm3. Rm2 beli makanan (biasanya dia beli ayam cucuk kat lidi tu. Sesekali ada juga dia beli mac n cheese dan mi goreng). Singgit lagi beli air. 

KAFA pula bawa rm2. Biasanya dia beli jemput pisang dan milo ais. Kat rumah dah makan dah sebelum pi KAFA.

Gitu la. Konon mama rajin siapkan bekal. Last-last anak sendiri yang tak nak. Seronok membeli bersama kawan-kawan.

Tadi kemas rumah sikit. Nak tunjuk la sikit.


Ni amik video lepas anak tido. Yang sepah sikit-sikit tu malas nak alihkan. Dah ngantuk dah. Bole la ni yer. Abaikan je la sikit-sikit tu.

Bantal tu ada kat situ sebab memang tido kat ruang tamu.Kalau tido dalam bilik sedap sangat tido sampai lambat bangun. Kat rumah tamu ni selesa cuma tak berapa nyenyak, cepat terbangun masa subuh.

Ni pulak dapur.



Tak spotless juga.
Sebenarnya nak sangat rumah spotless tapi macam tak mungkin berlaku je.

Nak kemas setiap masa jadi penat dan stress. Mungkin sebab kaklong memang jenis yang bukan tidy. Tak ringan tulang mengemas setiap masa.

Apapun kaklong akan terus berusaha jadi rajin dan rumah kemas. In shaa Allah.

Join Fun Walk

Dah lama tak join fun walk dan virtual walk. Tetibe nampak iklan Fun Walk Together We Care 2025. Perjalanan cuma 2km je. Harga pun ok, Rm25 sekepala. Terus join semua empat orang.

Susah nak amik gambar semua elok. Memandangkan kaklong penulis blog maka kaklong bias pilih gambar kaklong paling helok.

Pagi-pagi lagi dah sampai kat Georgetown. Pagi macam ni anak buat perangai juga la sikit-sikit. Yang Farid tu tunjuk kebosanan. Fatin pula nak berdukung.

Paling tak bole blah Fatin nak berdukung je sepanjang 2km. Kesian papa kene dukung. Nasib baek 2km je.

Farid ok. Sambil jalan sambil tengok permandangan, tanya itu ini...


Dipendekkan cerita, dah sampai pun ke penamat. Tapi lupa pula nak selfie dengan pingat.

Bawa anak-anak join ni sebab masa join fun walk sebelum ni Farid tanya mana t-shirt dia, mana pingat dia? Kaklong kene la explain kenapa dia takde pingat dan takde t-shirt. Kali ni bagi dia pingat dan t-shirt. Bila dah dapat dia buat derk pula. Hm.. anak..anak...


Kabinet Dapur Baru

Nak tunjuk kabinet dapur yang kaklong tempah untuk rumah baru ni. 


Video ni company tu yang amik. Kaklong cuma reupload je. 

Kalau nak tau kabinet ni kaklong yang design sendiri. Pintu tu guna hdf dan table top tu guna tile yang paling tahan lasak. Pemenang pintu tu beli kat Ikea. 

Bila dah siap, ada la beberapa perkara yang kaklong rasa patut ubah sikit. Contohnya, sinki tu terlalu besar. Memang kaklong nak sinki 2 biji, cuma kaklong bayangkan saiz dia macam rumah sewa sebelum ni. Lepas siap ni nampak besar pula. Macam makan ruang untuk rumah kecik ni. 

Pastu, soket kat counter tu patut tinggi sikit. Masa design tu kaklong tak terfikir pasal tu. Tapi designer tu pun tak suggest apa-apa. Dia setuju je apa-apa yang kaklong nak. Kaklong expect dia lebih tahu dari kaklong, bukan ikut je apa kaklong suruh. Apapun benda dah jadi, takpe je la.

Tu je la kot yang rasa bole ubah sikit. Yang lain semua memang ikot kehendak kaklong. Cuma laci² tu ketat sikit nak tarik dan tolak. Pastu kaunter tempat cuci pinggan tu, air yang terpercik ke atas table top tu tak turun balik ke dlm sinki. Dia bertakung kat atas table top. Kaklong kene letak kain supaya air tu tak bertakung atau tak mengalir turun ke mana-mana. Tapi tak susah pun semua tu. Cuma kalau dorang buat solution untuk masalah tu lagi elok.

Satu lagi yang kaklong tak puas hati masa nak buat tu kaklong minta kaunter tinggi 82cm tapi dia cakap paling rendah 84cm dia bole buat. Kaklong pun ok je la, 2cm lebih tinggi je. Bila dah siap dapat 86cm pulak dah. Jadi 4cm lebih tinggi.

Kaklong nak kaunter rendah sebab nak menggoreng. Penat menggoreng nasi dan mi guna kaunter tinggi okay. Kene angkat² ketiak masa menggoreng. Hadoi, penat. 

Kaklong malas nak komplen sebab malas nak dorang berlama-lama kat rumah kaklong. 

Kos keseluruhan rm20k. 

Kaklong pakai pintu hdf, banyak laci dan table top yang berkualiti, tu yang kos mahal sikit. 

Nanti kaklong tunjuk rumah pula..

Anak masuk sekolah

Farid dah masuk darjah 1. Fatin pula dah masuk tadika. 

Dua-dua masuk smooth je. Takde drama air mata. Alhamdulillah.

Setiap hari kaklong sediakan bekal untuk Farid. Kat sekolah dia tu ada sosej. Kaklong tau kalau ajar membeli mesti dia beli sosej je hari-hari. Tak elok la kan makan sosej hari-hari. 

Jadi setiap hari kaklong sediakan bekal. Sampai masa nanti dia mungkin tak nak dah bekal, nak beli sendiri. Time tu susah la sikit nk control. Sementara bole control ni, kaklong control dulu.

Apapun kaklong plan nak bekalkan sosej untuk dia sekali-sekala. Better dia makan sosej premium dari sosej murah-murah.

Farid masuk KAFA sekali dan harini join silat. Alhamdulillah penerimaannya baik. 

Kaklong risau kalau Farid penat, tapi ok je dia.

Sebenarnya kalau duduk rumah pun, Farid cuma tengok TV dan main game. Aktiviti outdoor memang tak buat. Sebabnya mama dia ni tak suka outdoor, papa dia pun sama. Hasilnya anak² pun sama jenis indoor.

Kaklong masukkan dia dalam kelas silat supaya dia boleh la gerakkan otot sikit-sikit. Lagipun budak kecik mana la reti penat. Sampai ke malam pun susah tidur sebab terlampau banyak tenaga.

Kelas silat tu pun kaklong tak cakap kelas silat. Kaklong cakap kelas exercise. 

Lepas balik dari kelas tu dia kata dia happy. Bagus bagus. Yang penting happy. 

Lepas ni plan nak hantar dia belajar berenang dan belajar muzik. Tapi nanti dulu la. Maybe tahun depan atau 2 tahun lagi. 

Fatin pula dia ok je semua. Maybe dah biasa tengok abang dia pergi sekolah. Jadi Fatin ni lebih bersedia. 

Cuma lepas masuk tadika dia macam mengganas sikit. Dia macam no fear dan garang. Hahaha. Tak padan dengan perempuan.