Kaklong seorang surirumah yang rajin, isteri yang solehah, ibu yang penyayang kepada dua anak yang bijaksana

Suka membaca, menulis, mengait, melihat lukisan, berangan dan terbaru berjinak-jinak dengan exercise walaupun tak menyukainya.

Quiting Social Media
INFP
Ambivert

Suka Muzik Rancak
Suka Movie Banyak Cakap

Result KAFA Tahun 1 Farid

Selang 3 minggu ada sesi amik report card KAFA Farid pula.

As expected, result dia tak bagus. Semua D.

Kaklong tak kisah dia dapat D sebab dia memang belum pandai membaca. Jawi lagi la tak pandai. 

Result tak ada nak tunjuk kat sini sebab tak diberi. Tapi kaklong ingat la yang semua D. 

Cikgu cakap Farid ni selalu tidur dalam kelas. Bab tidur tu kaklong tak bole buat apa-apa la. Cuma bole ingatkan supaya fokus dalam kelas. 

Pastu cikgu cakap Farid macam tak faham apa cikgu cakap (bila cikgu tanya). Bab tu kaklong tau la kenapa. Sebab loghat cikgu pekat dan Farid bukan orang sini. Mungkin memang Farid tak faham. Apapun lama-lama okay la tu bila dah bergaul dengan orang setempat.

Lepas perjumpaan tu kaklong pun start la nak ajar Farid jawi, memandangkan KAFA SEMUA jawi. Masalahnya kaklong pun tak pandai jawi. 

Tapi kan secara magiknya kaklong pandai pula baca jawi buku dia tu. Padahal masa sekolah dulu aku punya la lembab jawi. 

Masa kaklong test jawi kat Farid kan, dia langsung tak pandai baca tau. Pastu kaklong test huruf. Rupa-rupanya Farid cuma kenal alif sampai sin je. Shim tak kenal padahal dekat je bunyinya .Tho, zho dia kenal. Huruf seterusnya tak kenal dah.

Hmmm....

Kaklong kan, hantar Farid mengaji semasa 6 tahun. Setiap hari sejam sehari tau. Pastu dia kenal sampai sin je. Memang kaklong tak check sangat progres Farid sebab dia baru darjah 1. Tapi nampaknya darjah 1 la ni kene serius belajar. 

Kaklong masih fikir sekolah macam zaman 90-an dulu. Darjah 1 relax-relax je baca suku kata apa semua. Rupanya-rupanya kene buat ayat dah darjah 1. 

Kaklong kalut juga la bila tau dia belum kenal huruf Hijaiyah. Kaklong pun start ajar jawi. Pastu kaklong cam keliru pula. Patut ajar jawi ke, patut ajar iqra' dulu? Ajar dua-dua karang keliru pula.

Selepas tanya-tanya orang, pertimbang dan tanya chatGPT, akhirnya kaklong decide ajarkan dia iqra' dulu. Biar dia paham bacaan Arab pastu baru ajar baca jawi. Buat masa ni, biar dia belajar jawi jat sekolah dulu.

Sekarang kaklong masih fokus ajar dia bm disamping kenal huruf Hijaiyah. 

Pastu kaklong buatkan nota KAFA dalam rumi untuk dia. Kalaulah dia lambat pandai jawi, at least dia dah pandai rumi dan dapat juga ilmu dari silibus KAFA tu. 


Ni la nota yang Kaklong buatkan. Ni subjek Adab.

Susah juga nak tulis ni. Tulisan kaklong jenis buruk dan bersambung. Tuliskan nota ni banyak kali padam supaya tulis sebiji sebiji. Nak pastikan dia dapat baca bila dia lancar membaca nanti.

Nak senang taip je. Tapi kaklong tulis supaya dia nampak mama dia gigih dan semoga dia pun rasa nak gigih macam mama.

Apapun Farid suka tulis jawi. Kaklong ada printout aktiviti yang dapat kat FB, dan Farid selalu pilih nak tulis jawi. Dia suka walaupun tak pandai baca.

In shaa Allah lepas dia dah tamat buku 8 (buku yang semalam kaklong tunjuk tu), kaklong akan gigihkan ajar Iqra' pula.

Bab Iqra' ni kaklong ada tanya ibu ayah camana nak ajar anak. Ibu n ayah suggest ajar Muqaddam. Sebab dorang pun nampak cucu-cucu dorang yang lain slow je nak catch-up Iqra'. Sebelum dorang suggest tu kaklong sendiri pun rasa nak ajarkan Muqaddam, tapi takot tak sesuai dgn zaman ke apa.

Nanti la la kaklong pertimbangkan nak ajar Iqra' ke Muqaddam. Mungkin Iqra' tu ada teknik mengajar yang kaklong tak tahu, tu yang rasa payah. 

Doakan Farid cepat pandai. 
Aaminn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^