Kaklong seorang surirumah yang rajin, isteri yang solehah, ibu yang penyayang kepada dua anak yang bijaksana

Suka membaca, menulis, mengait, melihat lukisan, berangan dan terbaru berjinak-jinak dengan exercise walaupun tak menyukainya.

Quiting Social Media
INFP
Ambivert

Suka Muzik Rancak
Suka Movie Banyak Cakap

Farid dah boleh membaca

 Alhamduliilah, Farid dah boleh membaca Bahasa Melayu.

Buku yang Kaklong tunjuk kat korang haritu kan, kami stuck kat buku 8 (buku terakhir) sebab mama dah terlampau kurang mengajar sejak start menyiapkan produk untuk event bulan lepas. Lepas event tu berakhir, mama stuck kat mode malas. Asyik tengok phone dan anime je.

Farid dah boleh baca, cuma merangkak sikit. Dan kurang ingat sebutan nya, kha, sya camtu.
Itu takde masalah. In shaa Allah cepat je dapat nanti tu.

Ni dah cuti sekolah. Dalam cuti ni inshaa Allah Kaklong akan start ajar dia BI pula.
Dia sendiri merungut BI susah.
Memang susah sampai Kaklong sendiri pun tak reti nak ajar macam mana.

kaklong ingat nak ajar dia tengok kamus bergambar, translate dulu benda-benda mudah. 
Dan ajar cara sebut.
Pastu sebelum tidur baca sikit buku Peter and Jane.

Petang pula baca Iqea' sikit.

Camtu je kot ajar dia.

Farid kaklong tengok peningkatan membaca dia mendadak naik bila kaklong start ajar.
Tapi kaklong taknak la perasan sangat sebab kat sekoah pun cikgu ajar, dan hujung minggu pun dia masuk kelas membaca.
Cuma bila kaklong stop ajar (sebab buat produk untuk event) dia pun stuck kat tempat kaklong berhenti tu.
Jadi kaklong yakin juga la membaca dengan kaklong banyak menyumbang pada peningkatan kualiti bacaan dia.

In shaa Allah cuti sebulan ni Farid akan pandai baca BI.
Aamin..

Wassalam...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen la sikit ^^