Result Farid
Kaklong memang expect result dia tak berapa bagus. Sebab Farid memang belum pandai membaca lagi. Macam mana nak jawab exam kalau tak pandai baca.
Tengok-tengok dia dapat PT3 untuk BM, BI n math. Macam ok je untuk murid yang belum pandai baca.
Tapi yang tak best, kaklong tanya apa-apa pun cikgu tak tahu. Malah cikgu siap cakap 2x lagi "Farid ni pandai baca ke tak, tak tahu". Kaklong macam 😑...
Bulan 6 hari tu ada ujian pengesanan awal literasi dan numerasi. Takkan tak tahu result ujian tu.
Kaklong faham guru kelas Farid bukan guru bm dan matematik. Tapi guru bm dan math dan subjek lain memang tak ada bagi notes ke apa ke untuk guru kelas maklumkan apa-apa pada ibu bapa. Jadi kenapa ye kaklong kene datang sekolah untuk jumpa guru kalau tak ada apa-apa maklumat pun nak diberi kepada kaklong selain result exam.
Pastu math Farid TP3 tapi markah ujian math dia 96%. Kaklong macam eh kenapa.. Kaklong tanya pasal math tu, part mana yang anak kaklong lemah. Pastu cikgu cakap beli buku latihan dan buat latihan kat rumah.
Hmmm....
Kaklong malas nak tanya banyak kali. Tapi kaklong nak tahu kenapa markah dia A tapi TP3. Kaklong bukan pertikai, kaklong nak faham apa yang dia lemah supaya dapat fokus apa yang kaklong perlu ajarkan kat rumah. Tapi tu je la. Beli buku pastu buat latihan kat rumah.
Okay...
Pastu kaklong cari la maklumat pasal jenis-jenis TP (kaklong last sekolah tahun 2001 jadi tak faham pasal TP) pastu terjumpa komen dari guru pasal dia letak TP1 sebab murid tak reti apa pastu dia ditegur oleh orang atasan dan disuruh paling kurang letak TP3.
Kaklong macam what?
Pastu tengok result Farid dan compare dengan dia yang tak pandai baca. Adakah Farid sebenarnya dapat TP1? Tapi tak bole tulis TP3.
Kaklong seriously tak kisah pun dia dapat TP1. TP0 pun takpe asalkan kaklong tahu tahap penguasaan dia. Tapi kaklong sistem TP tu sugar coating, memang tak bole jadi la macam ni.
Sejak tu kaklong start mengajar Farid membaca. Farid kan preschool sejak 4 tahun. Jadi kaklong serah bab pendidikan dia kat cikgu-cikgu sebab kaklong tak pandai pasal phonic. Kaklong terbaca kalau kita ajar campur-aduk nanti anak keliru. Oleh itu better kaklong serah ke cikgu je uruskan.
Rupa-rupanya memang tak bole. Bukan macam zaman 90-an ibu serah ke cikgu, anak terus cemerlang. La ni anak cemerlang sebab ibu bapa, bukan sebab sekolah.
Kaklong ajar Farid membaca guna buku ni. Ada 8 buku kesemuanya. Ajar dari buku 1. Masa bulan 8 haritu dia tak berapa pandai juga buku 1, terutama huruf N.
Harini dia dah baca buku 6. Buku 6 ni pun dia tersekat kat huruf N. (Cth man, ban, lin, tun).
Kaklong ajar dia setiap malam dalam 10 minit je sehari. Hari cuti ajar 3x sehari. 10 minit juga satu sesi.
Selain ajar sendiri, sejak bulan 5 haritu kaklong ada hantar Farid kelas membaca Sabtu dan Ahad.
Pastu cikgu ajar kat sekolah lagi. Semoga cepat Farid pandai membaca.. Aaminn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen la sikit ^^