Lupa pula nak buat sambungan kisah Trilogi Website Kaklong.
Haha.. Trilogi la sangat..
Kisah 1 : Website E-commerce Pertama Kaklong
Kisah 2 : Buat E-Commerce dengan Opencart
Kisah ketiga dan terakhir ni (buat masa ni la) bermula selepas website opencart tu corrupted.Kaklong masa tu panik gila beb.
Customer duk tanya mana website? Nak order urgent ni..
Customer yang dah biasa guna website tak suka order melalui whatsapp.
Dan begitu la vice versa.
Selepas godek-godek servis e-commerce yang ada kat Malaysia ni akhirnya Kaklong try Easystore
easystore : salah satu ecommerce Malaysia |
Ada satu sebab je Kaklong try Easystore ni..
Sebab dia bagi Free Trial selama 2 minggu.
Dalam tempoh dua minggu tu tak payah bayar apa-apa dan boleh guna semua features yang disediakan.
Berbeza dengan produk lain dimana kita bayar dulu baru boleh guna..
Lepas guna rasa tak best, tak sedap, tak cantik, tak suka, tak user friendly, bug sana sini, susah nak guna dan sebagainya; tapi dah bayar dah..
Tak boleh buat apa la..
Rugi duit je..
Easystore ni dalam tempoh 2 minggu guna la semahu-mahunya..
Lepas dua minggu kalau suka baru beli, kalau tak suka tak payah beli.
Kan senang gitu..
Selepas 10 hari guna Kaklong rasa syok juga.
Walaupun features dia tak selengkap Opencart, tapi okay je..
Senang guna, laju, dan interface dia pun bersih serta kemas..
Kalau nak amik ni Kaklong kene amik pakej Plus sebab ada Reward Credit, Sale Promo dan Coupon Discount.
Harganya RM69 sebulan.. Bayar bulan-bulan..
Nak bayar setahun terus pun bole..
Bayar bulan-bulan senang kan..
Takde la terasa sangat duit sedebuk keluar..
Bole guna duit tu untuk pusing modal..
Tengah duk fikir-fikir tu, pammm!
Dia bagi offer!
Masa tu tak silap Chinese New Year kot..
Subscribe untuk dua tahun cuma bayar RM850 😵😵😵
Erm.. tak fikir-fikir dah..
Amik terus..
Kelakar kan..
Tadi baru fikir pasal pusing modal. Haha..
Dari semasa ke semasa dorang update features baru.
Contohnya sekarang ni integrated dengan marketplace seperti Lazada, Lelong dan 11 street. Senang nak listing, tak perlu nak buat satu persatu..
Dia ada juga widget untuk chatbox, ig, fb, tracking no dan sebagainya.
Bagi Kaklong convenient sangat.
Masa mula-mula dulu Kaklong okay sangat buat semua dari A to Z.
Sekarang tak okay dah nak buat semua...
Guna sistem yang automatik ni lagi okay..
Kalau korang nak try Easystore ni selama 14 hari, klik je kat SINI
Kalau rasa tak okay, bole try e-commerce yang lain.
Tanya je Encik Google, nanti keluar la tu pilihan yang sesuai..
Semoga bermanfaat.
Wassalam
hebatnya ... mesti bisness online tuan blog rancak betul, tahniah... Lepas ni bolehlah buat entri tentang tip berniaga online kencang dan masyukkk
BalasPadamHehe.. Ada la sikit-sikit..
PadamBagus gak idea tu. Nanti saya tulis ^^
Baik..nak terjah gak..sbb skrg guna ig/blog je jual jamu ;) hehe
BalasPadamSila2.. ^^
PadamPandai kaklong ambil peluang. Semoga terus berjaya
BalasPadamTerma kasih MamaPP <3
Padam