3 Produk Penjagaan Wajah Pilihan Kaklong

Salam..

Haritu dah Review Serum Olay.

Kali ni nak share dengan korang 3 produk penjagaan wajah pilihan Kaklong.


Tiga produk ni menjadi pilihan Kaklong selepas bermacam-macam produk Kaklong gunakan untuk dapatkan kulit flawless.
Banyak juga la produk tempatan yang Kaklong beli kat FB, IG dan sebagainya, namun ia kurang berkesan.

Produk mahal-mahal sangat Kaklong tak beli pula.
Sebab Kaklong kan kupik.
Kakaka..

Apa masalah kulit Kaklong?

Kalau korang follow blog ni pasti korang tau Kaklong ada masalah resdung dan jerawat.
Bila resdung menyerang, jerawat pun naik..

Namun begitu, salah satu punca jerawat ni juga adalah penggunaan produk yang tak bersesuaian dengan kulit.
Seller selalu suruh jangan pakai apa-apa produk muka selama seminggu sebelum tukar produk baru kan.
Kaklong buat macam tu, tapi bila tak cuci muka dengan facial wash, miang gila muka ni tau.
Lepas dah pakai produk dia, naik pula jerawat merah-merah, sakit pulak tu.
Selepas dua minggu pakai, rasa tak selesa je muka ni gatal-gatal dan sakit-sakit akibat jerawat tu.

Akhirnya pada minggu ketiga, Kaklong kembali pakai pencuci muka Syahirah yang Kaklong bagitau haritu..
Barulah rasa bersih je kulit.
Dan secara ajaibnya, esok tu jerawat nampak kecut sikit.

Aik? Pelik ni...
Tak tunggu seminggu pun puasa produk.. Terus okay?

Kaklong pakai Syahirah tu dalam setahun juga la, takde dah masalah muka gatal-gatal, kecuali kalo makan makanan yang menyebabkan alergic.

Pada satu hari Kaklong nampak kulit muka Kaklong walaupun jerawat dah sangat kurang, tapi nampak kasar dan kusam.
Mungkin Syahirah tu "kuat" atau pun faktor usia Kaklong yang dah masuk usia 30-an ni..

Lalu Kaklong bertukar ke pencuci muka yang kawan universiti Kaklong pakai..

pencuci muka pilihan saya
Clean & Clear Facial Wash
Clean & Clear Facial Wash ni Kaklong suka kerana teksture dia ringan dan buih dia pun halus je..
Pendapat Kaklong, ia sesuai untuk orang yang bebas dari masalah jerawat..
Sebab time Kaklong try pakai yang kawan punya, tak okay pun.
Tapi sekarang pakai, okay la pula..
Mungkin time tu Kaklong banyak jerawat, sekarang dah takde (kot)..

Selepas cuci muka, pakai toner pula..

toner pilihan saya
Clean & Clear Toner
Ramai tak pakai toner dalam rutin kecantikan harian.
Kaklong pun sama juga.
Namun begitu, selepas amalkan Clean & Clear Toner ni, Kaklong nampak perbezaan dia.

Pertama, semasa pakai ni korang akan nampak ada kesan kotoran pada kapas.
Aik, kan dah cuci muka tadi?
Kan...
Toner ni tolong buang sisa minyak dan kotoran yang masih berbaki walaupun selepas cuci muka.
Sebab tu la rasa segar je lepas pakai.

Kedua, pernah tak lepas cuci muka, kulit rasa macam tegang, atau keras, atau stretchy sikit?
Kulit kita ni bersifat sedikit acidic; pencuci muka pula bersifat alkali (sabun kan..)
Selepas cuci muka, kulit akan berusaha keras untuk mengembalikan sifat semulajadi acidic dia tu.
Dengan bantuan toner ni, serta merta pH kulit kembali normal.

Ada lagi beberapa kebaikan toner ni.
Dua ni pun dah cukup bagi Kaklong untuk mengamalkannya dalam rutin penjagaan wajah harian.

Cara pakai toner:

1. Lepas cuci muka, titikkan beberapa titis atas kapas dan lap lembut ke seluruh wajah.

2. Ataupun, titikkan kat tapak tangan dan sapu rata ke seluruh wajah.

Biasanya Kaklong guna cara 2 pada waktu pagi dan cara 1 pada waktu malam.

Lepas tu kita pakai serum pula..

serum pilihan saya
Olay Serum
Olay Total Effect Anti-Aging serum ni bukan serum pertama yang Kaklong cuba.
Ada beberapa jenama tempatan yang Kaklong try, tapi macam takde effect apa-apa pun.

Lepas pakai serum ni, baru la rasa perbezaannya, Kaklong ada buat Review Serum Olay ni.
Bole baca kat situ kalau nak tau pengalaman Kaklong menggunakannya.

Selepas pakai serum ni, sepatutnya pakai moisturiser.
Kaklong belom ketemu lagi jenis yang sesuai.
Memandangkan 3 produk ni sahaja dah cukup untuk buat muka okay, Kaklong pakai 3 jenis ni je buat masa ni.

Korang pula pakai produk apa sebagai rutin penjagaan wajah?

10 ulasan:

  1. Bagus gunakan serum kerana hasilnya lebih cepat, setakat ni akak gunakan satu jenama ni la, biar alah membeli asal puas hati,.. pada yang belum jumpa dengan produk yang sesuai, bolehlah mencuba serum olay ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulit Kaklong pun susah nak sesuai dengan produk. Sekali jumpa memang setia abes..

      Padam
  2. saya guna Hada Labo sebab sesuai dengan kulit. sebelum ni pernah try beberapa skincare, memang tak ngam

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hado Labo ek. Ramai juga rekemen. Bole la Kaklong try pasni.

      Padam
  3. Dulu SA guna Lancome la..SK11 la...tp x sesuai ngan kulit sbb nak maintain mahai bebenor..hahahaha..last2 product biasa je yg ok di muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. SK11 tu Kaklong pun teringin nak try tapi bajet tidak mengizinkan. Huhu

      Padam
  4. Balasan
    1. Baru tukar warna hitam putih.
      Susah gak ni tak tetap pendirian :D

      Padam

Komen la sikit ^^