Thor Ragnarok versi 4D

Salam...

Korang dah tengok ke Thor : Ragnarok?
Rasanya Kaklong tak perlu review kot sebab semua orang pun cakap best.
Kecuali sebilangan kecil yang tak suka..

Haaaa..

Kali ni apa kata kita tengok Thor Ragnarok versi 4D!

Menonton Thor Ragnarok
Sori gelap..
Gambar kat atas tu diambil semasa Kaklong tengok Thor hari tu.

Eh...
Ntah kenapa Loki pandang Kaklong macam tu.
Segan la sayer... πŸ˜—

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan..
Panggung wayang kan gelap.
Walaupun ambil gambar banyak-banyak kali, kualitinya tetap kureng..
Takpe la kan..
Asalkan nampak cukup la..

Thor Ragnarok versi 4D?

Apa tu?

Kalau filem 3D tu bermakna filem atau drama atau video yang bila ditonton menggunakan cermin mata 3D khas, aksi filem tu seolah-olah keluar dari skrin.

Contohnya, semasa adegan menembak, peluru tu seolah-olah kena kita.
Semasa adegan terajang, seolah-olah dia keluar dari skrin nak terajang muka kita.
Dalam adegan letupan, seolah-olah letupan tu betul-betul dekat depan muka kita.
Nampak real la..

Pernah try tak..?
Kaklong pernah tengok beberapa kali kat wayang..
TApi tak syok mungkin sebab Kaklong memang pakai cermin mata kot..
Pening kepala..

Kalau buka spek, tak nampak pula..
Akhirnya Kaklong tak tengok dah 3D punya..
Walaupun kadang-kadang meronta gak jiwa ni nak tengok.
Huhuhu...

Haaa..
Filem 4D ni apa pula..?

Filem 4D ni ialah filem yang pelakon dia betul-betul keluar dari skrin..
Tak perlu pakai apa-apa spek pun..
Dia keluar secara automatik.
Giler  advance punya teknologi kan..

Tak percaya?
Jom tengok video Thor Ragnarok versi 4D ni



Hahaha..
Amacam.. Suka tak..?

Gimik je konon-konon 4D.
MAsa mula-mula nampak ni Kaklong ingatkan fan buat parody..
Rupanya betul-betul pelakon asalnya.
Perghhh!

Apapun, bertuah betul para penonton yang datang pada hari tu..
Dapat tengok para pelakon keluar dari skrin dan beraksi dengan secara real di depan mata.

Kalau Kaklong jadi dorang, memang pengsan la tengok Loki kat situ; depan mata pula tu..
*blush*

Hahaha..
Satu je sebab Kaklong tengok Thor; iaitu nak tengok Loki..
Thor tu kurang minat.

Kaklong kurang minat orang katang-katang ni (iaitu sado).
Suka orang yang kecik, kementot; tak pun yang lean macam atlit.
Tu la taste Kaklong...

Lagi katang lagi aku tak minat (kecuali Tom Hardy)
Tom Hardy jadi macam-macam mana pun Kaklong tetap lebiu.. 😚

Okay la..
Sebelum Kaklong merapu lebih panjang lagi better stop sekarang..

Korang ada tak tonton video 4D yang lain?
Share la, nak tengok.. πŸ˜„

10 ulasan:

  1. Harussss tgk Thor ni.. Ceritanye x pernah x best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann.. Kali ni dorang buat kelakar punya mood :D

      Padam
  2. Comel je Thor Ragnarok versi 4D tu... paling tak tahan nak gelak bila rambut melayang tu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. Confident je dia flip hair; sekali pap jatuh. :D

      Padam
  3. Lama sungguh tak tengok wayang...sekarang lagi susah nak tengok wayang...tunggu cerita ni dah boleh download boleh la layan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok kat wayang lagi syok. KAt TV pun okay juga :D

      Padam
  4. Tak tgk Thor lagi..Ramai cakap best
    ..kena tgk jugak nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! Peminat tegar MArvel mungkin rasa tak best; mood filem ni memang lain berbanding dua filem sebelumnya.. :)

      Padam

Komen la sikit ^^